Apple sedang reka prototaip telefon lipat, rancang kembalikan Touch ID di iPhone

Apple dikhabar sedang merialisasikan satu rekaan baru pada peranti iPhone dengan menghasilkan skrin yang dapat dilipat. Syarikat yang berpusat di Cupertino, California itu telah mengkaji prototaip telefon pintar lipat untuk ujian mereka. Namun, mereka masih belum merancang untuk melancarkan iPhone dengan rekaan tersebut.

Selain itu, Apple juga telah membincangkan beberapa saiz skrin yang boleh dilipat termasuk ukuran iPhone 12 Pro Max dengan paparan 6.7 inci. Seperti yang dihasilkan oleh pesaingnya Samsung, prototaip tersebut dikatakan mempunyai engsel yang tidak dapat dilihat beserta elektronik yang ditetapkan di belakang paparan.

Apple uji pembaca cap jari pada skrin

Apple dikatakan tidak merancang perubahan besar pada tahun ini kerana sudah mencipta kemampuan yang sangat tinggi pada tahun lepas pada perantinya. Contohnya seperti mewujudkan kemampuan 5G dan mencipta reka bentuk baru pada telefon pintar.

Namun begitu, Apple masih menguji peningkatan utamanya untuk 2021 iaitu mencipta pembaca cap jari (==) pada skrin telefon pintar. Ini akan menambah kaedah bagi pengguna untuk membuka kunci iPhone mereka, selain penggunaan kod laluan dan pengenalan wajah Face ID.

Ciri Touch ID tidak lagi disertakan pada peranti keluaran sejak iPhone X. Namun, ia tetap menjadi ciri pada komputer riba Mac dan barisan siri iPhone sebelum keluaran iPhone X.

Serasi dengan normal baharu sekarang, ciri pembaca cap jari sesuai digunakan ketika di luar apabila pengguna sedang memakai topeng muka. Ia berikutan kesukaran telefon pintar tersebut melakukan pengecaman wajah. Walaupun begitu, Apple tidak akan membuang ciri Face ID tersebut kerana masih berguna untuk peningkatan ciri kamera.

Apple rancang cipta iPad Pro baru

Untuk barisan tabletnya, Apple merancang iPad Pro baru yang kelihatan serupa dengan model semasa tetapi menambah paparan MiniLED dan pemprosesan yang jauh lebih pantas. Ia merupakan IPad yang lebih nipis dan lebih ringan yang menggunakan reka bentuk sama dengan iPad Air 2019.

Jenama Apple sentiasa mendapat sambutan yang memberansangkan dalam kalangan peminatnya, maka sudah tentu apa-apa sahaja pembaharuan yang dicipta pada perantinya akan ditunggu-tunggu oleh peminat Apple.

Semua kemaskini di atas merupakan ujian dan perancangan Apple sahaja dan mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.

[Sumber: Bloomberg]