• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua tempahan awal Galaxy S21 akan turut terima pengecas wayarles trio percuma

  • OLEH Najib
  • 11:08 am
  • 18/01/2021
  • Komen
Semua tempahan awal Galaxy S21 akan turut terima pengecas wayarles trio percuma
Share on FacebookShare on Twitter

PROMOSI: Dapatkan fon telinga ANC Samsung Type-C bernilai RM299 secara percuma, bersama Galaxy Fit 2, Galaxy Smart Tag dan Wireless Charger Trio, apabila membuat pembelian mana-mana siri Galaxy S21 menggunakan kod promosi: SCS21VIP di Stor Online Samsung. Tawaran sah sehingga 28 Februari 2021.

Samsung Malaysia telah membuka tempahan awal untuk siri Galaxy S21, sehingga 28 Januari 2021. Tempahan awal dalam tempoh ini akan menerima hadiah percuma berupa fon telinga Galaxy Buds Live atau Buds Pro, dan Galaxy Smart Tag. Tetapi tawaran dari syarikat telekomunikasi dan pengedar sah Samsung yang lain, memberikan satu lagi hadiah percuma iaitu Wireless Charger Trio.

Menurut sumber yang berkenaan, semua tempahan Samsung Galaxy S21 termasuk di Stor Online Samsung, akan turut menerima pengecas wayarles ini, yang bernilai RM399 secara percuma.



Tawaran tempahan awal Galaxy S21 di Celcom

Bermakna, untuk pembeli awal Galaxy S21 dan S21+, mereka akan menerima Galaxy Buds Live (RM699), Galaxy Smart Tag (RM119) dan Wireless Charger Trio (RM399). Bagi pembeli awal Galaxy S21 Ultra pula, akan mendapat Galaxy Buds Pro terbaru (RM799), Galaxy Smart Tag (RM119) dan Wireless Charger Trio (RM399).

Buat masa ini, Stor Online Samsung masih belum memaparkan Wireless Charging Trio sebagai hadiah percuma, walaupun sehingga laman chekout untuk membuat bayaran. Tetapi ini bukan kali pertama Samsung Malaysia berbuat begini.



Paparan di Stor Online Samsung Malaysia

Semasa tempahan awal Galaxy Note 20 dibuat tahun lepas, Samsung Malaysia juga dalam diam, memberikan kotak Sanitizer UV yang memiliki pengecas wayarles terbina di dalam serta pengecas wayarles 9W, kepada semua pelanggan tempahan awal secara percuma. Ia termasuk pelanggan di Stor Online Samsung. Pelanggan hanya mengetahui tentang hadiah tambahan ini menerusi emel, tetapi ia ditawarkan dalam unit terhad.

Jika anda telah membuat tempahan awal Galaxy S21 di Stor Online Samsung, adakah anda menerima notis mengenai hadiah percuma Wireless Charger Trio?

Siri Samsung Galaxy S21 akan dijual di Malaysia dengan varian dan harga berikut:

  • Galaxy S21 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,699
  • Galaxy S21+ (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,299
  • Galaxy S21 Ultra (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM5,299
  • Galaxy S21 Ultra (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM5,899

Samsung Wireless Charger Trio

Pad pengecas wayarles ini boleh mengecas sehingga 3 produk sekaligus. Anda boleh meletakkan dua telefon dan satu lagi untuk jam pintar Samsung Galaxy Watch. Selain itu, bahagian mengecas telefon pintar turut boleh digunakan untuk mengecas pelbagai produk lain yang menyokong pengecasan wayarles Qi.

Pengecas wayarles ini menyokong pengecasan wayarles sehingga 9W, dan datang bersama kepala pengecas 25W serta kabel USB-C ke USB-C. Dengan ini, pembeli Galaxy S21 tidak perlu membeli kepala pengecas lagi, kerana ia ada bersama di Wireless Charger Trio.

Dapatkan hadiah percuma tambahan bernilai RM299

Jika anda mahu membuat tempahan awal di Stor Online Samsung, anda boleh menerima satu lagi hadiah percuma iaitu fon telinga ANC Samsung Type-C bernilai RM299, dengan menggunakan kod promosi SCS21VIP. Ini adalah fon telinga dengan penyaring hingar aktif (ANC) yang bersambung melalui USB-C.

Hadiah tambahan ini diberikan selagi stok masih ada dan pastikan anda memasukkan kod ini sebelum membuat bayaran.

Bacaan Berkaitan

Samsung Galaxy S21 & S21+: Semua perkara yang anda perlu tahu
Galaxy S21 Ultra: Harapan Samsung untuk leburkan badi lagxynos
Samsung Galaxy Buds Pro dilengkapi ANC pintar dan mudah dicari jika hilang
Tags: samsungSamsung Galaxy S21Samsung Wireless Charger Trio
Najib

Najib

POPULAR

Semua tempahan awal Galaxy S21 akan turut terima pengecas wayarles trio percuma

Semua tempahan awal Galaxy S21 akan turut terima pengecas wayarles trio percuma

18 January 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER