Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Oppo Reno5 Pro 5G & Reno 5 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Oppo telah membawa masuk telefon pertama dalam siri Reno yang menyokong 5G. Bukan itu sahaja, Reno5 Pro 5G adalah telefon pertama dalam pasaran kita yang menggayakan SoC Mediatek Dimensity 1000+.

Kedua-dua varian Reno 5 ini boleh ditemui dalam pasaran bermula 27 Januari 2021 pada harga seperti berikut:

Sebagai promo pembeli awal, ada bundle menarik disediakan oleh Oppo Malaysia. Setiap pembelian akan disertakan bersama earfon wayarles Enco W11 (RM159), casing telefon (RM129), dan jaminan tambahan 1 tahun (RM109).

Lebih menarik, kalau anda beli 2 unit siri Reno 5 ini, anda dapat casing telefon tambahan dan rebat RM100 semasa membeli telefon.

Spesifikasi Oppo Reno5 Pro 5G

Reno 5 Pro 5G membawakan sedikit kelainan berbanding Reno4 Pro sebelum ini. Oppo telah gantikan Snapdaragon 720G kepada cip Mediatek Dimensity 1000+. Ini adalah produk Mediatek pertama yang melepasi paras harga RM2,000 setahu saya.

Kalau dah lebih RM2,500 Oppo kena berhati-hati, kalau ada sedikit kekurangan saja, pengguna pasti akan melenting. Menurut sebilangan pengguna di China yang telah lakukan benchmark keatas cip ini, ia duduk sebaris dengan Snapdragon 865 dan Exynos 990 5G.

Selain SoC Mediatek, anda juga akan temui kombinasi RAM dan storan 12GB dan 256GB dengan tiada pilihan untuk perluaskan ruang penyimpanan guna mikro-SD.

Bahagian muka telefon ini, Oppo mengguna pakai panel AMOLED sebesar 6.5″ dengan refresh rate 90Hz. Untuk pengimejan, ia ada kuadkamera belakang dan ekakamera depan. Komponen kamera belakangnya terdiri daripada kamera 64MP, 8MP (ultralebar), 2MP (makro), dan 2MP (potret). Selfie diambil gunakan kamera 32MP.

BACA  Menteri MOSTI akan muncul di ClubHouse malam ini untuk menerangkan tentang program vaksin COVID-19 di Malaysia

Reno5 Pro 5G ada bateri 4,350mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 65W.

Spesifikasi Oppo Reno5 5G

Reno 5 5G miliki fizikaliti hampir serupa dengan saudara Reno5 Pro 5G. Skrinnya sedikit kecil pada 6.4″ tapi masih menggunakan panel AMOLED FHD+ pada refresh rate 90Hz.

Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 765G dengan kombinasi RAM/Storan 8GB/128GB. Konfigruasi kamera Reno5 5G adalah sama macam Reno5 Pro 5G. Jadi anda beroleh kamera belakang 64MP+8MP+2MP+2MP dan kamera depan 32MP.

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,300mAh dengan sistem pengecasan SuperVOOC 65W.