• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Powerbank Realme ini berkapasiti sangat besar dan mengecas pantas

  • OLEH Najib
  • 2:35 pm
  • 19/01/2021
  • Komen
Powerbank Realme ini berkapasiti sangat besar dan mengecas pantas
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan kapasiti bateri yang semakin besar di telefon pintar dan jangka hayat semakin panjang, peranan powerbank dalam dunia harian semakin berkurangan. Tetapi ia masih menjadi aksesori yang penting sebagai pembantu di kala kecemasan, seperti terlupa mengecas telefon sebelum keluar rumah dan ketiadaan punca kuasa mengecas.

Untuk itu, anda memerlukan powerbank bukan sahaja dengan kapasiti besar, tetapi boleh mengecas pantas. Realme Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan powerbank baru mereka, Realme Powerbank 20,000mAh 18W.



Realme Powerbank 20,000mAh 18W akan mula dijual di Malaysia pda hari Sabtu, 23 Januari 2021 di semua pengedar sah Realme. Jualan dalam talian di di Stor Realme di Lazada dan Shopee pula, bermula dari 27 Januari 2021. Harga jualannya hanya RM149.

Seperti namanya, powerbank ini memiliki kapasiti bateri yang sangat besar, iaitu 20,000mAh. Ia boleh mengecas sehingga 3 peranti serentak, melalui dua port USB-A dan satu port USB-C.



Untuk mengecas peranti, ia boleh mengeluarkan tenaga sehingga 18W dan menyokong teknologi pengecasan pantas Power Delivery (PD), Quick Charge (QC), Pump Express (PE) dan Adaptive Fast Charging (AFC). Bagi mengecas aksesori AIoT seperti jam pintar dan fon telinga Bluetooth, ia boleh mengecas dengan kuasa peranti lebih rendah bagi meningkatkan hayat aksesori.

Luaran powerbank ini memiliki kemasan grid dengan jalur mikro lembut. Ia membuatkannya tidak licin bila digenggam, serta senang dan selesa dipegang. Untuk kemudahan, Realme memberi kabel 2-dalam-1 bagi mengecas mikroUSB atau USB-C.

Terdapat dua warna boleh dipilih untuk Realme Powerbank 20,000mAh 18W, hitam dan kuning. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman produk Realme.

Tags: Realme
Najib

Najib

POPULAR

Powerbank Realme ini berkapasiti sangat besar dan mengecas pantas

Powerbank Realme ini berkapasiti sangat besar dan mengecas pantas

19 January 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN