Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Ode Jee mula beroperasi, sedia penghantaran makanan 100% halal dalam talian

Aplikasi penghantaran makanan halal di Malaysia, Ode Jee sudah mula beroperasi menemui masyarakat di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya pada bulan ini.

Aplikasi penghantaran makanan tersebut mempunyai lebih 1,000 vendor yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman halal. Ia juga memiliki lebih 200 penghantar makanan di Johor sahaja. Aplikasi ini dijangka beroperasi sepenuhnya di negeri berkenaan menjelang akhir bulan ini.

Buka peluang pekerjaan

Sebelum ini, pengendali Ode Jee telah menjalin usaha sama dengan lapan buah syarikat daripada pelbagai industri untuk membentuk sebuah konsortium yang dikenali sebagai Ode Halal.Asia.

Konsortium tersebut bertujuan membangunkan produk, aplikasi, menganjurkan kursus dan melahirkan lebih ramai usahawan baharu dengan menceburi industri halal. Ini sekaligus dapat membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan khususnya pada penduduk di negeri Johor.

Semua makanan dan minuman yang ditawarkan dalam aplikasi Ode Jee itu adalah mesra muslim, halal dan mematuhi hukum syarak. Dengan adanya aplikasi ini, pelanggan tidak perlu lagi berasa ragu-ragu tentang status halal makanan yang disediakan pada platorm di dalam talian.

Aplikasi ini sudah tersedia untuk dimuat turun menerusi Google Play Store. Namun ia akan menemui pengguna iOS menerusi Apple Store tidak lama lagi, sebagai pilihan lain, pelanggan boleh melakukan pesanan melalui laman sesawang yang disediakan di sini.

Walaupun begitu, anda harus tahu bahawa aplikasi Ode Jee mengfokuskan masyarakat di sekitar Johor Bahru sahaja buat masa sekarang. Namun, mereka sedang merancang untuk meluaskan perkhidmatan ini di Putrajaya, KL dan Selangor pada bulan Februari yang akan datang.

[Sumber: Utusan, Kosmo, Ode Jee]

BACA  Fitbit Health Metrics kini dibuka percuma kepada pengguna Versa 2, Inspire 2 & Charge 4