• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Qualcomm perkenal Snapdragon 870, satu lagi derivatif kepada Snapdragon 865

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:51 am
  • 20/01/2021
  • Komen
Qualcomm perkenal Snapdragon 870, satu lagi derivatif kepada Snapdragon 865
Share on FacebookShare on Twitter

Selang beberapa ketika Qualcomm melancarkan SoC flagship 888, mereka kini mengumumkan satu lagi SoC siri 800 mereka iaitu Snapdragon 870. Kalau anda jangkakan ia 888 yang di-downclock, anda salah kerana ia cip berasaskan Snapdragon 865. Agak memelikkan kerana kita sudahpun ada Snapdragon 865+, kenapa perlu ada 870?

Pemerhati pasaran berpendapat yang Qualcomm kini merasai tekanan daripada Mediatek khususnya barisan SoC Dimensity dan pihaknya takut kehilangan pegangan pasaran dalam segmen pertengahan atas yang mula ditembusi cip seperti Dimensity 1000+.



Spesifikasi Snapdragon 870

Snapdragon 870 pada terasnya terdapat tiga kluster Cortex iaitu:

  • A77 @ 3.2Ghz
  • A77 @ 2.42Ghz
  • A55 @ 1.80Ghz

Kemudian, ia bergandingan dengan komponen GPU Adreno 650 beserta pemproses Hexagon 698 untuk mengendalikan hal-hal kecerdasan buatan. Ia menyokong modul RAM LPDDR4X dan pada masa yang sama LPDDR5. Untuk bahagian pengimejan, cip ini mampu menampung sensor 200MP ataupun kamera multi sensor 64MP dan 2 25MP.



Sambungan LTE dan 5G dilakukan melalui modem luar Snapdragon X55. Bila bersambung ke rangkaian LTE, ia boleh pergi sehingga 2.5Gbps kelajuan muat turun dan 316 Mbps kelajuan muat naik. Di bahagian 5G pula, ia boleh pergi shingga 7GBps kelajuan muat turun dan 3Gbps kelajuan muat naik.

Beza dengan Snapdragon 888 & 865

Snapdragon 870 diletakkan oleh Qualcomm di bawah Snapdragon 888 jika ditelusuri helaian spesifikasi. Perbezaan paling ketara adalah 870 menggunakan proses penghasilan TSMC 7nm sedangkan 888 menggunakan proses penghasilan Samsung 5nm.

Pada sudut binaan, 888 diberikan teras Cortex-X1 yang lebih baru manakala 870 masih menggayakan Cortex-A77 yang dioverclock daripada Snapdragon 865 atau lebih tepat 865+.

Prestasi GPU juga lebih bai katas kertas. Adreno 660 melawan Adreno 650 dikatakan Qualcomm yang GPU baru ini 35% lebih berkuasa daripada sebelumnya.

Snapdragon 888 hanya sokong LPDDR5 pada kelajuan 3.2Ghz. Daripada segi modem, Snapdragon 888 ada modem terbina atas cup tapi kelajuan tidaklah terlalu ketera bezanya.

[Sumber: Qualcomm, 2, 3, Anandtech, 2]

Tags: 5gsnapdragonSnapdragon 865snapdragon 870snapdragon 888
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Qualcomm perkenal Snapdragon 870, satu lagi derivatif kepada Snapdragon 865

Qualcomm perkenal Snapdragon 870, satu lagi derivatif kepada Snapdragon 865

20 January 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN