Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PERMAI: Ringkasan bantuan dan insentif di dalam pakej bantuan PERMAI

Pada awal minggu ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI. Secara kasar, ia tidak memperkenal inisiatif baru, tetapi menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

Sebanyak 22 inisiatif disenaraikan di bawah PERMAI dengan tiga objektif utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan. Seluruh inisiatif di dalam PERMAI bernilai RM15 bilion.

Berikut adalah sorotan pengumuman PM di dalam PERMAI:

1. Program Subsidi Upah 3.0

Kini di fasa ketiga, semua sektor perniagaan yang beroperasi di dalam kawasan PKP layak memohon. Setiap perniagaan boleh menerima sebanyak RM600 untuk setiap pekerja di dalam syarikat yang memiliki gaji di bawah RM4,000. Had pekerja dinaikkan dari 200 orang kepada 500 orang.

2. Geran Khas Prihatin PERMAI (GKP PERMAI)

Bantuan GKP PERMAI diperluas kepada 500,000 PKS di negeri PKP dengan bayaran sebanyak RM1,000. Bagi negeri lain, bantuan GKP+ diberikan sebanyak RM500 kepada 300,000 PKS.

3. Percepat Kempen e-Dagang PKS & PKS Mikro dan kempen Shop Malaysia Online

Bagi menyokong usahawan dan perniagaan untuk menjana pendapatan dalam talian atau platform e-dagang, Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan Kempen e-Dagang PKS & PKS Mikro, serta kempen Shop Malaysia Online dengan jumlah peruntukan RM300 juta. Melalui kempen tersebut, usahawan mikro akan mendapat bimbingan perniagaan dan pembeli akan menikmati penjimatan melalui jual-beli secara dalam talian.

4. Sistem Insurans Pekerjaan PRIHATIN (SIP PRIHATIN) dilonggar

Kerajaan melonggarkan syarat permohonan SIP PRIHATIN untuk mereka yang hilang pekerjaan semasa PKP. Pekerja yang tidak memenuhi caruman minimum, ataupun tidak dilanjutkan kontrak perkhidmatan setelah pembaharuan dibuat sekurang-kurangnya 3 kali, dibenarkan untuk memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sebanyak 30% daripada gaji mereka selama 3 bulan.

BACA  COVID-19: Pendaftaran untuk terima vaksin dibuka di MySejahtera

5. Potongan cukai khas pengurangan sewa premis perniagaan

Syarikat yang memberi pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS sekurang-kurangnya 30% mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021, akan diberikan potongan cukai khas. Potongan khas ini kini diluaskan untuk sewaan kepada bukan PKS dan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.

6. Tiada levi untuk majikan

Bagi syarikat yang tidak dapat beroperasi semasa tempoh PKP dan PKPB, Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan mengecualikan levi majikan

7. Moratorium diteruskan

Bank-bank akan terus menawarkan lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman. Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank juga telah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.

8. Percepat skim mikrokredit

Bagi membantu aliran tunai perusahaan mikro dan PKS, kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikrokredit, sepertimana yang pernah diumumkan sebelum ini. Sejumlah RM1 bilion kemudahan mikrokredit disediakan yang merangkumi pinjaman mudah berjumlah 390 juta ringgit oleh Bank Simpanan Nasional, 350 juta ringgit oleh Agrobank dan 295 juta ringgit oleh TEKUN.

9. Potongan cukai penderma individu

Rakyat yang menyumbang untuk membantu mereka yang terkesan dengan COVID-19, boleh menuntut potongan cukai menerusi beberapa insentif. Penyumbang tersebut layak menuntut potongan cukai daripada pendapatan kasar perniagaan atau pendapatan agregat mereka.

10. Melanjutkan pelepasan cukai membeli peranti

Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet yang telah berakhir pada 31 Disember 2020, akan dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021.

11. 1GB percuma dilanjutkan

Pemberian data percuma 1GB oleh syarikat telekomunikasi semasa PKP untuk melayari laman web dan aplikasi bertujuan pendidikan, dilanjutkan sehingga 30 April 2021.

12. Diskaun elektrik 10% untuk 6 sektor

BACA  Menteri MOSTI akan muncul di ClubHouse malam ini untuk menerangkan tentang program vaksin COVID-19 di Malaysia

Diskaun khas bil elektrik sebanyak 10% bagi tempoh Januari hingga Mac 2021, diberikan kepada 6 sektor perniagaan di seluruh negara. Ini meliputi pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

13. Bantuan tunai untuk pemandu teksi dan bas

Bantuan kewangan secara tunai satu kali sebanyak RM500, akan diberikan kepada 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

14. Moratorium pinjaman MARA dilanjutkan

MARA akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind 2.0, di mana peminjam boleh memohon untuk membuat penjadualan semula bayaran balik kemudahan pinjaman pelajaran MARA atau moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021. Sebagai tambahan, usahawan MARA yang terkesan akibat COVID-19, PKP dan bencana banjir boleh membuat Program Penjadualan Semula Pembiayaan Perniagaan MARA.

15. Fasa pertama vaksinisasi awal Mac 2021

Kumpulan pertama dijangka menerima vaksin pada awal Mac. Sasaran untuk meliputi lebih daripada 80% atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022.

16. Program Ujian Saringan COVID-19 pekerja asing

Kos saringan Program Ujian Saringan COVID-19 ke atas pekerja asing yang berdaftar, akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO di zon-zon merah bagi mengenal pasti kluster COVID-19 di tempat kerja.

17. Kerjasama hospital swasta merawat pesakit

Hospital swasta telah bersetuju untuk menerima dan merawat pesakit COVID-19 dan juga bukan COVID-19 bagi meringankan tekanan kepada sistem kesihatan awam. Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan ini.

18. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri untuk penghantar

Bagi menghargai sumbangan penghantar barangan dan makanan semasa tempoh kawalan pergerakan, sejumlah RM24 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi membiayai caruman penuh mereka di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO. Setakat ini, hampir 32,000 permohonan telah diterima untuk perlindungan skim berkenaan.

BACA  Ini rakaman perbincangan vaksin Covid-19 YB Khairy daripada Clubhouse

19. Pemberian tunai untuk petugas barisan hadapan

Pemberian tunai satu kali sebanyak RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, dan RM300 kepada petugas barisan hadapan yang lain, akan mula dibayar dalam suku tahun pertama tahun ini. Manakala bayaran bulanan sedia ada yang diterima sebanyak RM600 oleh petugas barisan hadapan kesihatan dan RM200 oleh petugas barisan hadapan yang lain akan tetap diteruskan sehingga wabak COVID-19 ini berakhir.

20. Permohonan i-Sinar dipermudah dan dipercepat

Bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir, KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.

Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari. Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.


Untuk maklumat lanjut mengenai semua pengumuman ini, layari laman web PERMAI.

Bagi memastikan anda tidak terlepas mendapatkan semua bantuan yang diumumkan kerajaan semasa Belanjawan 2021 lepas, semak kelayakan anda di portal MANFAAT.