Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

AirPods Max berharga RM2,300 tapi menurut iFixit, ia berbaloi

AirPods Max adalah AirPods pertama yang beroleh skor melebihi 0 untuk kebolehbaikian. Dua Airpods yang mereka godek sebelum ini iaitu AirPods Pro dan AirPods, kedua-duanya diberikan 0 kerana membukanya terus jadikannya tidak berfungsi ataupun membaikinya disifatkan sebagai tak berekonomi.

Skor iFixit untuk AirPods Max

Perkara yang berlainan pula disimpulkan iFixit apabila mereka menguraikan seunit AidPods Pro Max. Pihak mereka berikan skor 6/10, satu skor yang tinggi untuk sebuah produk keluaran Apple.

Anda boleh dapatkan AirPods Max di Malaysia pada harga RM2,300. Tapi sebelum anda katakan harganya tak munasabah, iFixit katakannya harga itu berpatutan selepas mereka meneliti binaan AirPods Pro. Malahan, jika dibandingkan dengan pesaing Sony WF-1000XM4 dan Bose NC 700, iFixit katakan yang dua pesaingnya nampak seperti permainan sahaja.

Binaan plastik Bose NC 700
Binaan plastik Sony WF-1000XM4

iFixit mengakui yang Apple rekaan AirPods Max adalah sedikit over-engineered dan penggunaan skru yang terlalu banyak serta pelbagai jenis. Walau bagaimanpun, dengan peralatan yang betul, headfon ini boleh diuraikan dengan mudah. Menurut mereka juga, AirPods Max miliki binaan yang sangat berkualiti dengan penggunaan materi besi yang banyak.

Engsel yang dikatakan over-engineered oleh iFixit

Kemudian, engsel yang memegang unit audio dengan pencengkam kepala direka dengan sangat baik untuk memberikan cengkaman selesa kepada si pemakai.

Berharga lebih RM2,000 pengguna tentunya menjangkakn hanya yang terbaik pada headfon ini dan mereka memang berolehnya. Padanya ada sepasang pemacu audio 40mm. Pada papan utama, ada dua cip H1 yang mengendalikan hal-hal memproses isyarat digital.

Sistem audio spatial berikan pengalaman mendengar yang lebih masyuk, ia seperti teknologi VR, tapi untuk audio. Apple menyatakan hayat baterinya boleh pergi sehingga 20 jam lamanya walaupun dengan ciri penyaring hingar diaktifkan.

BACA  Apple guna khidmat TSMC untuk hasilkan panel paparan generasi baru