• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis tepati jadual pembangunan JENDELA, lebih 5,500 tapak dinaiktaraf

  • OLEH Najib
  • 1:05 pm
  • 22/01/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah menepati 100% sasaran yang ditetapkan dalam pembangunan JENDELA dan kini dalam jadual untuk inisiatif naik taraf rangkaian bagi tahun 2021. Selain rangkaian mudah alih, Maxis juga sedang meluaskan lagi liputan jalur lebar tetap mereka di Semenanjung Malaysia.

Maxis memaklumkan, mereka mengukuhkan lagi liputan rangkaian 4G dengan membina lebih 150 tapak baru dan menaiktaraf lebih 5,500 tapak di pusat pasaran utama di seluruh Malaysia. Di samping itu, lebih 6,500 premis baru telah dipasang dengan Maxis Fiber pada tahun 2020. Maxis juga telah mempercepat kapasiti rangkaian dengan penaiktarafan lebih daripada 35% daripada jumlah 16,367 tapak penaiktarafan industri.



Untuk menyediakan pengalaman rangkaian lebih baik di kawasan pedalaman, Maxis turut memanfaatkan kemampuan komunikasi mudah alih, fiber, WiFi dan satelit. Maxis meneruskan kerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan industri untuk meningkatkan dan memastikan pelaksanaan JENDELA berjalan dengan lancar di semua negeri.

Antara lokasi baru yang menerima naiktaraf tapak 4G adalah di Kiulu, sebuah pekan kecil di Tuaran, Sabah. Selain itu, enam lagi kampung iaitu Kampung Sinorut, Kampung Gonipis, Pukak, Lokub, Mantob dan Kitapol, juga menerima liputan 4G buat pertama kalinya.



Malaysia telah mensasarkan untuk menamatkan penggunaan rangkaian 3G pada hujung tahun ini. Sehubungan itu, Maxis telah mengaktifkan perkhidmatan Voice over Long-Term Evolution (VoLTE) pada bulan Oktober 2020. VoLTE kini tersedia untuk pelanggan pascabayar Hotlink dan Maxis. Maxis juga akan meningkatkan komunikasi dan kempen, supaya pengguna peranti 3G beralih kepada peranti 4G.

Maxis terus mempercepat pengembangan liputan 4G ke kawasan luar bandar sebagai sebahagian daripada projek USP, sambil memperkukuh kualiti pengalaman pelanggan di kawasan bandar, kediaman dan perindustrian, dengan penaiktarafan tapak mudah alih di Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama, Maxis akan melancarkan fiber di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Johor, bertumpu kepada lokasi luar bandar dan terpencil, sambil bekerjasama dengan penyedia akses untuk menghubungkan lebih banyak premis di negara ini.

Walaupun pelancaran rangkaian 5G di Malaysia ditangguhkan sehingga penghujung 2022, Maxis memberi jaminan bahawa mereka kekal bersedia menyediakan 5G. Maxis telah lama menyiapkan rangkaian IP generasi baru sedia-5G, di samping menjalankan ujian yang berjaya, termasuk percubaan langsung 5G pertama di negara beberapa tahun yang lalu.

Tags: JENDELAmaxis
Najib

Najib

POPULAR

Maxis tepati jadual pembangunan JENDELA, lebih 5,500 tapak dinaiktaraf

22 January 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN