Senarai sokongan peranti untuk iOS 15 Beta dijangka tiada lagi Apple A9

Lagi laporan diterima mengenai sokongan peranti terhadap sistem operasi iPhone akan datang, iOS 15. Bagaimanapun, tiada maklumat baru mengenainya, sebaliknya ia mengesahkan lagi laporan awal pada November tahun lepas.

Laman web dari Perancis, iPhoneSoft menyatakan mereka menerima maklumat dari sumber dalaman Apple sendiri. Ia adalah senarai peranti Apple yang akan boleh menguji iOS 15 Beta pada bulan Jun akan datang.

Secara ringkasnya, Apple tidak akan lagi menyokong iPhone yang dikuasakan cip Apple A9 dan sebelumnya. Peranti yang menggunakan cip Apple A9 adalah iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yan dilancarkan pada September 2015, dan iPhone SE generasi pertama yang dilancarkan pada Mac 2016.

Selain itu, iPhoneSoft turut menambah tiga model iPad yang dijangka tidak akan menerima kemaskini iOS 15 (atau iPadOS 15) iaitu iPad Mini 4, iPad Air 2 dan iPad 5. Ini kerana iPad ini dikuasakan oleh cip Apple A8, A8X dan A9.

Berikut adalah senarai peranti yang dijangka akan disokong oleh iOS 15 dan iPadOS 15:

  • iPhone 2021 (iPhone 13?)
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11
  • iPhone XS Max
  • iPhone XS
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 8
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone SE (2020)
  • iPod Touch gen-7
  • iPad 2021
  • iPad Pro 12.9-inci
  • iPad Pro 9.7, 10.5, dan 11-inci
  • iPad Air 3
  • iPad Air 4
  • iPad 6/7/8
  • iPad mini 5

[Sumber: 9to5Mac, iPhoneSoft]