Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Waspada taktik pancing kod pengesahan WhatsApp untuk tujuan penipuan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah keluarkan peringatan kepada pengguna Malaysia tentang bahaya scam yang boleh menjajah akaun WhatsApp anda. Apabila dijajah, akaun anda boleh dikendalikan oleh pihak ketiga dan identiti anda boleh dicuri untuk lakukan aktiviti scam yang seterusnya.

Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu tentang aktiviti scam yang dikatakan oleh SKMM.

Scammer hanya ingin memancing kod pengesahan WhatsApp

Modus Operandi scam ini sangat mudah kerana tidak melibatkan apa-apa aktiviti hacking. Scammer cuma mengambil kesempatan atas kedaifan pengguna WhatsApp untuk berkongsikan kod pnegesahan WhatsApp yang dihantar penyedia perkhidmatan kepada tuan punya akaun WhatsApp.

Macam mana scammer dapat nombor anda? Ia mudah boleh dicari di Internet kalau anda tak berhati-hati dalam berkongsi maklumat tersebut.

Menggunakan nombor telefon pihak ketiga, scammer akan menghubungi sasaran dan meminta nombor pengesahan WhatApp. Kalau masih gagal, cara kedua adalah dengan mendapatkan nombor tersebut melalui peti simpanan suara milik sasaran.

Apa yang boleh dilakukan bila dah dapat kod pengesahan?

Walaupun scammer tidak boleh membaca mesej yang terkandung dalam WhatsApp anda kerana info tersebut disimpan dalam telefon anda dan disulitkan, mereka masih boleh lihat kumpulan sembang mana yang anda sertai dan mereka boleh eksploitasinya dengan menyamar sebagai anda.

Apa yang boleh anda lakukan?

Paling penting, jangan sesekali berkongsi kod pengesahan dengan sesiapapun, walaupun dengan WhatsApp sendiri. Ia adalah kod unik yang dijana secara berkala, hanya untuk anda.

Kemudian, aktifkan fungsi pengesahan dua peringkat. Menggunakan fungsi ini, kod pengesahan WhatsApp perlu digandingkan dengan kod PIN yang anda tetapkan sewaktu mengaktifkan fungsi tersebut.

BACA  Xiaomi ada CCTV baru untuk Malaysia, ia boleh rakam video 2K