Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Jalur ujian ini boleh kesan Covid-19 apabila dilekatkan di topeng muka

Satu pasukan penyelidik di Universiti California San Diego sedang mengembangkan kreativiti mereka untuk membantu mengesan kes positif Covid-19 pada individu. Mereka akan menghasilkan jalur ujian atau pelekat yang boleh berubah warna apabila mengesan virus itu.

Pelekat yang dihasilkan tersebut berupa jalur ujian yang boleh diletakkan pada sebarang jenis topeng muka termasuklah, topeng N95, topeng muka pembedahan atau topeng muka kain. Pelekat tersebut dikatakan mampu mengesan virus Covid-19 dalam nafas atau air liur pengguna.

Cara pelekat berfungsi

Semasa individu yang memakai topeng muka itu bernafas, jalur ujian akan mengesan molekul pembelah protein disebut protease, yang dihasilkan dari jangkitan Covid-19. Zarah-zarah protease itu akan terkumpul dalam bekas pelekat ujian blister yang disediakan tersebut.

Oleh itu, untuk mengetahui sama ada si pemakai mempunyai Covid atau tidak, topeng muka itu perlu ditanggalkan terlebih dahulu. Kemudian, pengguna perlu cabut pelekat jalur ujian itu.

Seterusnya, pemakai perlu melepaskan nanopartikel di dalam bekas blister itu kepada jalur ujian dengan memicitnya. Sekiranya jalur ujian berubah warna tertentu, itu bermakna terdapat molekul jangkitan hadir di dalam blister tersebut.

Kaedah ini adalah hampir sama seperti memeriksa kehamilan di rumah menggunakan kit ujian kehamilan, keputusan sama ada positif atau tidak adalah bergantung kepada jalur ujian.

Walau bagaimanapun, menurut Jesse Jokerst, profesor kejuruteraan nano di UC San Diego Jacobs School of Engineering dan ketua penyelidik utama projek ini, menyatakan bahawa jalur tersebut tidak akan menggantikan protokol ujian yang biasa.

Ujian ini dijangka hanya memerlukan kos beberapa sen untuk setiap jalur. Ini menjadikannya berpatutan untuk ujian harian, terutama di kawasan yang berisiko tinggi penyebaran Covid-19.

BACA  Sebahagian perkhidmatan awan Apple tergendala seperti iCloud, Drive, Photos, Mail, & Notes

Sekiranya ia direalisasikan, maka pengguna yang disahkan positif Covid-19 melalui jalur ini perlu memastikan topeng muka dan pelekat dihapuskan dengan sebaiknya. Tambahan lagi, dengan kemudahan ini juga, individu akan menjadi lebih peka dengan tahap kesihatan masing-masing.

[Sumber: CBS News, UCSDnews]