Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Netflix guna codec baru untuk salur audio, ini manfaat yang boleh anda rasai

Apabila anda menonton Netflix, anda bukan saja menonton imej, anda juga mendengar suara. Kalau anda sangat teliti dengan kualiti gambar contohnya daripada FHD ke UHD, anda juga boleh jangkakan penambahbaikkan pada kualiti audio kandungan di Netflix. Hal ini kerana, mereka sudah mula menggunakan codec Extended HE-AAC untuk yang menonton di peranti Android 9 dan ke atas.

Tiga manfaat yang ingin dicapai hasil penggunaan codec ini iaitu:

  • Pengalaman menonton lebih baik dalam persekitaran bising
  • Kualiti audio setaraf studio
  • Penggunaan data lebih cekap bila menggunakan Internet mudah alih

Semua ini dicapai hasil penggunaan dua kaedah, kaedah yang pertama ialah Dynamic Range Compression (DRC) dan ia digabung dengan Loudness-Management.

Spektrum audio akan dipadatkan tapi bahagian yang penting masih terpelihara, menggunakan algoritma yang kompleks. Bahagian yang penting seperti Dialogue tidak akan dikacau kerana tanpanya kesluruhan cerita yang anda tonton akan hilang maksudnya.

Apabila dipadatkan julat desibelnya, peranti Android yang ada kelengkapan speaker yang tidaklah terlalhu canggih masih boleh memainkan audio pada kualiti yang baik, jika tidak audio yang keluar adalah yang berbunyi pecah ataupun langsung tidak keluar kerana frekuensinya berada di luar julat gerak balas speaker.

Dalam hal yang berkaitan, Netflix juga dikatakan sedang menguji satu ciri baru iaitu audio spatial. Teknologi audio ini bolehkan si pendengar merasai kesan bunyi keliling seperti anda menggunakan gogel VR.

[Sumber: Netflix]

BACA  Maxis TV diperbaharui dengan tawaran percuma 30-hari, terbuka untuk semua