• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme X7 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:46 pm
  • 26/01/2021
  • Komen
Realme X7 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini melancarkan telefon 5G baru yang lebih mampu dimiliki, Realme X7 Pro. Dengan harga kelas pertengahan, telefon ini memiliki prestasi tinggi yang standing dengan telefon kelas flagship.

Spesifikasi

Realme X7 Pro dikuasakan oleh pemproses terbaik dari MediaTek iaitu Dimensity 1000+ 7nm, dengan 8-teras berkelajuan sehingga 2.6GHz dan modem 5G terbina di dalam. Tetapi pilihan jenis RAM dan storannya agak ketinggalan, kerana ia menggunakan RAM LPDDR4x 8GB dan storan UFS2.1 256GB. Tiada slot kad mikroSD.



Paparan di telefon ini bertaraf tinggi. Ia menggunakan skrin AMOLED 6.55-inci HD penuh, dengan kadar penyegaran 120Hz dan kadar sentuhan 240Hz. Skrin ini dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5 dan berlubang kecil di atas untuk kamera hadapan.

Tenaga pula disalurkan dari bateri berkapasiti 4,500mAh. Ia boleh dicas melalui port USB-C dan menyokong pengecasan pantas SuperDart 65W. Ia mengambil masa hanya 35 minit untuk mengecas penuh dari kosong.



Bahagian kamera juga agak biasa. Terdapat empat kamera di belakang iaitu kamera utama 64MP F1.8 Sony IMX686, kamera ultra lebar 8MP F2.25, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Tiada kamera telefoto. Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan sensor 32MP F2.45 yang terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Sistem bunyi di X7 Pro 5G agak menarik. Ia memiliki speaker stereo yang menyokong format Dolby Atmos dan Hi-Res Audio. Tetapi sudah tiada jek audio 3.5mm padanya. Sistem operasi pula menggunakan Realme UI berasaskan Android 10.

Harga dan tarikh jualan

Realme X7 Pro akan dijual di Malaysia dengan dua pilihan warna, Iridescent dan Skyline White. Hanya ada 1 varian dijual di Malaysia, dilengkapi RAM 8GB dan storan dalaman 256GB, pada harga RM1,999.

Jualan pertama Realme X7 Pro di Malaysia diadakan pada 2 Februari 2021, secara eksklusif di Stor Realme di Shopee. Pada jualan hari pertama itu, pembeli boleh menerima diskaun sebanyak RM50 dari harga asal, menjadikannya berharga RM1,949 sahaja.

Tags: Realmerealme x7 pro
Najib

Najib

POPULAR

Realme X7 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme X7 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

26 January 2021
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN