Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Alpha 1: Kamera mirrorless Sony paling berkuasa dilancarkan

Sony Alpha 1 (A1) adalah kamera pertama yang diumumkan Sony untuk tahun 2021. Ia adalah satu siri baru dalam penawaran Sony dan penamaannya agak pelik. Dalam siri Alpha, kita ada Alpha 7R danAlpha 7S untuk kategori midrange dan Alpha 9 untuk flagship. Kita juga ada Sony Alpha kelas permulaan seperti 5xxx dan 6xxx.

Anda nampak yang pola penamaannya seperti nilai lebih kecil adalah lebih berkuasa kecuali Alpha 9. Mungkin Sony sedang lakukan sesuatu untuk memperkemas produk mereka.

Walau apapun, Sony A1 adalah kamera Alpha full-frame yang miliki sensor paling tinggi megapikselnya iaitu pada 50MP. Data daripada sensor jenis stacked CMOS ini diproses oleh dua cip pemproses Bionz XR. Ia membolehkan Sony mengurangkan fenomena rolling shutter sebanyak 1.5x berbanding A9 walaupun A1 miliki bilangan piksel 2 kali lebih tinggi daripada A9.

Komponen pengatup kamera ini pula diperbuat daripada karbon fiber. Hasil penggunaan materi ini bolehkan A1 mencapai kelajuan sync sehingga 1/400 untuk fotografi menggunakan flash, tertinggi dalam keluarganya setakat ini.

Buat jurugrambar sukan ataupun hidupan liar, kamera ini miliki ruang buffer yang cukup luas untuk mengisi kira-kira 165 keping JPEG sebelum terpaksa berhenti daripada pengambil gambar. Dalam mode RAW, anda boleh tembah pada kelajuan 30 bingkai sesaat dengan ciri autofokus masih terpasang.

Kalau nak rekod video, kamera ini boleh pergi sehingga 8K pada 30fps. Tertinggi dalam indsutri setakat ini dan menyamai spesifikasi yang ada pada Canon R5. Lebih baik, Sony tidak meletakkan sebarang had kepada fungsi rakaman 8K kerana percaya benar dengan sistem penyejukan yang ada pada kamera ini.

Lain-lain ciri menarik pada Sony A1 yang anda perlu tahu adalah seperti:

  • Viewfinder dengan kadar segar semula 240Hz, tertinggi dalam barisan Sony setakat ini dan tiada fenomena blackout semasa mengambil gambar.
  • 759 titik fokus menyelaputi keseluruhan sensor.
  • Penstabil imej dalam badan sehingga 5.5 stop.
  • ISO natif dalam jula 100 hingga 32,000 ataupun 50 hingga 102400 dalam mode boost.
  • Julat kedinamikan seluas 15 stop.
  • Sistem autofokus yang dipertingkat terutamanya pada fungsi penjejak mata untuk haiwan mahupun manusia.
  • USB-C 3.2 janjikan kelajuan perpindahan data sehingga 10Gbps.
  • Sokongan 2 kad CFexpress Type A
BACA  Status lulus i-Sinar berubah kepada sedang diproses, KWSP maklum ada masalah teknikal

Sony A1 akan boleh didapati dalam pasaran bermula Mac 2021 pada harga bermula USD6,500 (RM26,286). Sebagai perbandingan, A9 II kini dijual dalam Malaysia pada harga RM18,999. Canon R5 yang miliki keupayaan 8K boleh didapati pada harga RM17,999 manakala kamera Fujifilm yang ada sensor 50MP dijual di Malaysia pada harga RM18,998.

[Sumber: Sony, Gambar Pemuka]