• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

5 benda yang anda perlu cuba bila anda dapat tempahan Samsung Galaxy S21 Ultra

  • OLEH Penaja
  • 6:38 pm
  • 29/01/2021
  • Komen
5 benda yang anda perlu cuba bila anda dapat tempahan Samsung Galaxy S21 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung Malaysia

Siri Samsung Galaxy S21, telefon yang ditempa untuk cemerlang dalam setiap keadaan, boleh mula didapati dalam pasaran tempatan pada 29 Januari 2021. Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • S21 (8GB RAM + 256GB storan) – RM3,699
  • S21+ (8GB RAM + 256GB storan) – RM4,299
  • S21 Ultra (12GB RAM + 256GB storan) – RM5,299
  • S21 Ultra (16GB RAM + 512GB storan) – RM5,899

Promo menarik bila anda beli siri Samsung Galaxy S21

Samsung akan mengadakan promosi menarik sempena penjualan siri Samsung Galaxy S21 antara 29 Januari hingga 31 Mac 2021. Hadiah seperti Galaxy Fit2, SmartTag, dan Wireless Charger Trio bernilai RM697 menanti setiap pembeli mana-mana telefon Samsung Galaxy S21.

Samsung juga akan festival maya antara 29 Januari hingga 31 Januari 2021. Anda berpeluang untuk saksikan JinnyBoy, Andi Bernadee, Daiyan Trisha, Yaya Zahir, Epicism, dan ramai lagi influencer mendemonstrasikan kehebatan Galaxy S21 masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman promosi tersebut.

Tapi, buat anda yang dah tempah dan sedang menunggunya sampai, ini adalah 5 benda yang perlu anda cuba sejurus terima tempahan Samsung Galaxy S21 Ultra 5G.

1. Cuba kamera 108MP

Kamera 108MP bukanlah benda baru pada Samsung Galaxy. Tapi pada Galaxy S21 Ultra, ia adalah sensor ISOCELL HM3 yang ditambah baik.

Bergandingan pula dengan algoritma fotografi berkomputer yang canggih, kamera pada Galaxy S21 Ultra mampu hasilkan gambar yang tajam serta warna yang jitu.

Salah satu kelebihan kalau anda ambil gambar pada resolusi tertinggi adalah anda miliki lebih ruang untuk penyuntingan terutamanya pada ruang untuk crop.

Crop daripada imej 108MP
Crop daripada imej 12MP

Hal ini kerana, anda ada “kanvas” digital yang luas untuk dimanipulasi.

2. Cuba Space Zoom

Galaxy S21 Ultra hadir dengan dua kamera telefoto. Kamera telefoto yang pertama berikan jarak zum pada 3x optikal manakala [YKCM/P1] kamera telefoto yang kedua berikan jarak zum pada 10x optikal.

Jarak fokal yang panjang itu dimungkinkan dengan penggunaan mekanisme periskop, konsep yang sama digunakan untuk teropong kapal selam.

Kelebihan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Samsung melalui fungsi Space Zoom. Anda boleh mengezum sehingga 100 kali.

0.6x
1x
3x
10x
Space Zoom 100x

Space Zoom pada Galaxy S21 Ultra kini ditambah baik dengan teknologi AI Super Zoom Resolution. Hasilnya, gambar jadi lebih stabil walaupun diambil tanpa gunakan sebarang tripod.

3. Cuba Bright Night

Sensor 108MP pada Galaxy S21 Ultra miliki saiz 1/1.33”. Ukuran itu adalah besar dalam piawaian telefon pintar. Sensor yang besar bermakna lebih banyak cahaya mampu dihimpunkannya.

Bright Night OFF
Bright Night ON

Fungsi Bright Night pada telefon ini menggunakan teknologi nona-binning, teknologi yang mampu menggabungkan 9 piksel menjadi 1 piksel yang lebih besar.

Bright Night OFF
Bright Night ON

Hasilnya, anda boleh tangkap gambar malam yang terang jauh melebihi keupayaan mata anda melihat dalam gelap.

4. Cuba Director’s View

Ini adalah telefon pertama Samsung yang ada Director’s View. Ciri ini sangat berguna untuk pencipta kandungan video seperti vlogger.

Dengannya, mereka boleh melihat apa yang semua kamera Galaxy S21 lihat. Perkara ini penting sebab ia memudahkan proses framing semasa merakam.

Lagi menarik, sewaktu merakam, mereka boleh tukar kamera mana yang ingin digunakan tanpa perlu hentikan rakaman terlebih dahulu.

Tak terhenti di situ, mereka juga boleh masukkan sudut pandang kamera depan bila mereka lakukan video bertemakan reaksi.

5. Video ala professional

Galaxy S21 Ultra boleh merakam video pada resolusi tertinggi yang mampu dirakam oleh mana-mana telefon setakat ini. Seperti kamera 108MP tadi, merakam video dalam resolusi 8K berikan lebih ruang untuk suntingan.

Bukan itu saja, berbekalkan cip Exynos yang berkuasa tinggi, semua kamera Galaxy S21 Ultra kini mampu merakam pada resolusi 4K@60 untuk kandungan video yang tiada tandingan kualitinya.

Tags: penajasamsungsamsung galaxySamsung Galaxy S21Samsung Galaxy S21 PlusSamsung Galaxy S21 Ultra
Penaja

Penaja

POPULAR

5 benda yang anda perlu cuba bila anda dapat tempahan Samsung Galaxy S21 Ultra

5 benda yang anda perlu cuba bila anda dapat tempahan Samsung Galaxy S21 Ultra

29 January 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER