• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mediatek M80, modem 5G mereka yang pertama gabungkan mmWave dan sub-6

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:54 pm
  • 02/02/2021
  • Komen
Mediatek M80, modem 5G mereka yang pertama gabungkan mmWave dan sub-6
Share on FacebookShare on Twitter

MediaTek umumkan yang mereka ada modem baru iaitu Mediatek M80. Ia adalah yang pertama daripada mereka yang menyokong teknologi 5G mmWave dan sub-6 Ghz dalam satu pakej.

Hal ini bermakna, telefon yang menggunakan modem ini lebih selamat dibawa merentasi dunia kalau anda risaukan ia tidak menyokong rangakaian telco tempat yang ditujui



Lebih bagus, modem ini adalah jenis yang diintegrasikan dalam SoC. Anda boleh jangkakan prestasi yang lebi baik jika dibandingkan dengan modem jenis diasingkan daripada SoC.

Apabila mula digunakan dalam peranti kelak, ia miliki kemampuan muat turun sehingga 7.67Gbps manakala muat naik 3.67Gbps. Angka tersebut lebih pantas berbanding yang dicatatkan oleh pesaing seperti Snapdragon X60 dan juga modem pada SoC Exynos 2100.



Lain-lain ciri menarik yang perlu anda ketahui adalah seperti Carrier Aggregation (CA) merentasi TDD dan FDD untuk sambungan 5G yang lebih utuh serta Dynamic Spectrum Sharin (DSS) yang bolehkannya berhubung dengan telco yang memancarkan isyarat 4G dan 5G menggunakan frekuensi yang sama.

Setakat ini, masih tiada khabar berita tentang pengeluar manakah yang akan menggayakan modem ini.

Dalam pasaran setakat ini, anda ada beberapa SoC Mediatek yang menyokong 5G seperti keluarga Dimensity. Realme 7 5G adalah telefon dengan cip 5G MediaTek yang pertama yang boleh anda temui di Malaysia. Anda boleh dapatkannya pada harga RM1,299.

Realme 7 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

[Sumber: MediaTek]

Tags: mediatekmediatek m80
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Mediatek M80, modem 5G mereka yang pertama gabungkan mmWave dan sub-6

Mediatek M80, modem 5G mereka yang pertama gabungkan mmWave dan sub-6

2 February 2021
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN