• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Netflix uji pemasa tidur pada Android, pengguna boleh tetapkan masa berhenti

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:16 pm
  • 02/02/2021
  • Komen
Cara mudah muat turun cerita kegemaran anda di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix sedang menguji ciri pemasa tidur (sleep timer) di peranti Android. Ciri ini akan membenarkan pengguna menetapkan tempoh masa untuk menghentikan tontonan mereka sebelum aplikasi dipadam. Ada empat tetapan pemasa tidur yang boleh pengguna pilih, antaranya ialah:

  1. 15 minit
  2. 30 minit
  3. 45 minit
  4. Sehingga habis sesebuah siri / filem

Pilihan untuk mengaktifkan ciri ini akan diletakkan dibahagian atas kanan skrin peranti Android. Beberapa saat sebelum skrin di padam, akan ada kiraan bermula dari 5 saat pada bahagian atas peranti pengguna. Selain itu, ada juga pilihan untuk tunda (snooze) dalam masa 5 saat sebelum aplikasi Netflix terpadam.



Bukan itu sahaja, Netflix juga akan menyambung semula babak yang diberhentikan tadi sebaik sahaja ia dimulakan semula.

Kegunaan pemasa tidur

Dengan penambahan ciri ini, ia akan membantu meningkatkan jangka hayat bateri pada telefon pintar pengguna kerana aplikasi akan berhenti sebaik sahaja masa yang ditetapkan telah tiba. Netflix akan jadi tidak aktif sejurus ianya ditidurkan.



Tambahan lagi, pemasa tidur ini juga boleh dijadikan halwa telinga sebelum tidur lebih-lebih lagi jika pengguna membuka siri atau filem yang bertemakan muzikal atau dokumentari.

Selain itu, ia boleh diaplikasikan sebagai masa skrin (screen time) untuk meletakkan had masa kepada anak yang sedang menonton Netflix melalui peranti Android. Maka, anak tidak akan terdedah kepada masa skrin yang berlebihan.

Namun begitu, tidak semua pelanggan yang mengakses Netflix melalui Android dapat mencuba ujian ini. Ia mungkin diberikan kepada pengguna secara rawak.

Tambahan lagi, Netflix juga akan membawa ciri baharu ini jika ia di akses melalui peranti lain termasuklah pada TV dan komputer. Namun, ia bergantung kepada kesesuaian dan sambutan daripada pengguna.

[Sumber: 9to5Google]

Tags: Netflix
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Cara mudah muat turun cerita kegemaran anda di Netflix

Netflix uji pemasa tidur pada Android, pengguna boleh tetapkan masa berhenti

2 Februari 2021
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER