• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Panasonic berhenti membuat panel solar, akan menutup kilang di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:02 pm
  • 02/02/2021
  • Komen
Panasonic berhenti membuat panel solar, akan menutup kilang di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Panasonic Corp, syarikat elektronik gergasi dari Jepun mengumumkan akan menghentikan penghasilan panel solar keluaran mereka. Laporan dari Nikkei menyebut, salah satu kilang penghasilan sel dan panel solar Panasonic, terletak di Malaysia dan akan berhenti sepenuhnya pada Mac 2022.

Panasonic menjelaskan, mereka terpaksa menghentikan penghasilan panel solar sendiri disebabkan persaingan harga yang sangat kompetitif dengan pengeluar dari China. Tahun lepas, Panasonic juga menghentikan usahasama mereka dengan pengeluar kereta elektrik Amerika Syarikat, Tesla.



Walaupun begitu, Panasonic akan terus menjual sistem tenaga solar untuk kegunaan perniagaan dan perumahan. Sehubungan itu, Panasonic akan menggunakan panel solar yang dihasilkan oleh pengeluar lain.

Panasonic memulakan perniagaan dalam bidang tenaga solar menerusi pengambilalihan syarikat Sanyo Electric pada tahun 2011. Pada waktu itu, mereka menjadi peneraju tenaga solar dengan teknologi Heterojunction (HJT) dan mensasarkan untuk menjadi pengeluar tiga teratas di dunia.



Dengan penamatan Panasonic ini, tinggal hanya dua syarikat dari Jepun iaitu Kyocera dan Sharp yang masih menghasilkan sendiri panel dan bateri solar. Bagaimanapun, peneraju teknologi solar kini dipegang oleh syarikat dari China seperti JinkoSolar, jauh meninggalkan syarikat Jepun yang pernah menjadi pengeluar terunggul.

[Sumber: The Star, Nikkei]

Tags: panasonic
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Panasonic berhenti membuat panel solar, akan menutup kilang di Malaysia

Panasonic berhenti membuat panel solar, akan menutup kilang di Malaysia

2 February 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN