• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DuitNow QR: Kenapa penyedia e-Wallet berlengah-lengah?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:19 pm
  • 03/02/2021
  • Komen
DuitNow QR: Kenapa penyedia e-Wallet berlengah-lengah?
Share on FacebookShare on Twitter

COVID-19 yang melanda negara kita telah memangkin kekerapan kita menggunakan transaksi tanpa tunai seperti kod QR. Kita boleh nampak pelbagai jenis kod QR terpampang di kaunter pembayaran dan pengguna hanya perlu imbas kod-kod yang disokong APP yang mereka ingin gunakan untuk bertransaksi.

Bagi memperkemas implementasi pembayaran tanpa tunai menggunakan kod QR, Bank Negara telah mewujudkan DuitNow QR melalui subsidiari PayNet milik mereka. DuitNow QR adalah piawaian kod QR kebangsaan yang diperakukan oleh semua bank-bank komersial dan penyedia servis e-Wallet.



DuitNow QR akan menyatukan semua sistem pembayaran bank dan eWallet

Objektifnya adalah untuk peniaga memaparkan hanya 1 kod QR di kaunter pembayaran dan pengguna boleh lakukan pembayaran daripada mana-mana bank mahupun e-Wallet dengan hanya mengimbas 1 kod yang sama.

Sebagai maklumat tambahan, selain DuitNow QR, PayNet juga adalah pihak yang bertanggung-jawab menggerakkan servis seperti GIRO, MEPS, FPX, MyDebit, dan JomPAY.



Setakat Januari 2021, sejumlah 26 entiti telah mengintegrasikan DuitNow QR dalam sistem mereka. Dalam masa 6 bulan lagi, dilaporkan 15 lagi entiti akan mengikut langkah yang sama. Yang ingin kami ketengahkan dalam artikel ini adalah 3 penyedia servis e-Wallet terbesar negara iaitu Boost, Grab, dan Touch ‘n Go kerana Shopee, nama baru dalam arena e-Wallet terlebih dahulu mendahului 3 entiti yang sudah bertapak lebih lama berbandingnya.

Untuk mendapatkan penjelasan, kami menghubungi ketiga-tiga pihak tersebut.

Apa kata GrabPay

Menurut Grab, mereka masih komited untuk menyokong DuitNow QR. Walau bagaimanapun, fokus mereka semasa musim PKP adalah untuk mendigitalkan rakan niaga mereka. Walaupun tidak berkongsi tarikh khusus bilakah mereka akan mengintegrasikan DuitNow QR, mereka maklumkan yang proses pengintegrasian masih mengikut jadual.

Berikut adalah kenyataan rasmi Grab dalam bahasa Inggeris:

As a homegrown tech enabler, we introduced GrabPay to provide consumers with a safe, convenient and seamless digital payments experience allowing them to pay for services on the Grab app and in-stores (payments to merchants). We are constantly innovating and exploring strategic collaborations with like-minded partners and the government to drive digital payment usage. This includes our successful collaboration with the government in the e-Tunai and ePENJANA initiatives that have furthered the adoption of digital payments in Malaysia.

However with the pandemic and various movement control, we had to focus our immediate efforts in supporting our merchant-partners to digitalise, while continuing to serve consumers who depended on Grab services since the first MCO last year. We are continuously working to provide our merchants and users with the convenience and access to our robust ecosystem and services across our platform. Our strategy has always been focused on being hyperlocal and the planned DuitNow QR integration is still on track. We are working towards launching this soon and will announce when the system is fully up and running.

Apa kata Boost

Boost, e-Wallet hasil tangan Axiata Digital tidak pula yatakan tarikh khusus bilakah pengintegrasian ini akan diaktifkan. Ini adalah kenyataan rasmi mereka:

Yes, we are definitely still supporting the national QR initiative. We are working very closely with PayNet towards ensuring we deliver the best possible interoperable digital payment experience for all users. We hope to go live soon, so please stay tuned for our launch announcement.

Apa kata Touch ‘n Go eWallet

Pihak mereka tidak mengeluarkan kenyataan rasmi. Namun, jurucakapnya ada mengatakan yang pengintegrasian DuitNow QR telahpun berjaya pada platfom mereka dan ia akan diaktfikan secara berkala.

Asalnya, mereka mensasarkan untuk tawarkan servis DuitNow QR dalam bulan Julai 2020 tapi ditunda kepada satu tarikh yang tidak dinyatakan. Bukan saja mereka akan memanfaatkan DuitNow QR, eWallet mereka juga akan membenarkan perpindahan dana dalam rangkaian DuitNow.

Tags: bank negaraBoostduitnowDuitNow QReWalletGrabGrabPayShopeeshopee payTouch n GoTouch n Go eWallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DuitNow QR: Kenapa penyedia e-Wallet berlengah-lengah?

DuitNow QR: Kenapa penyedia e-Wallet berlengah-lengah?

3 February 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER