• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kabel TM terputus di Perak, jejas pengguna Unifi, Streamyx dan Unifi Mobile

  • OLEH Najib
  • 11:41 pm
  • 03/02/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 4/2/2021 11:50AM: Baik pulih telah selesai sepenuhnya

Kami ingin mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan keprihatinan anda. Kekal selamat, kekal waspada dan kekal berhubung.

— Yunni (@unifi) February 4, 2021

Pengguna Unifi dan Streamyx di sekitar Perak telah mengesan gangguan talian internet mereka malam ini, mengakibatkan sambungan ke internet yang perlahan dan terputus.



Perkara ini baru disahkan oleh pihak Telekom Malaysia (TM) di mana mereka mengesan terdapat lebih dari satu kabel utama putus, dipercayai akibat perbuatan vandalisme. Pasukan teknikal TM telah berada di lokasi dan sedang berusaha membaiki kerosakan tersebut.

Pasukan teknikal kami telah pun berada di lokasi kejadian dan sedang berusaha membaiki kerosakan kabel secepat mungkin. Punca kejadian kabel putus ini dipercayai akibat perbuatan vandalisme.

— Yunni (@unifi) February 3, 2021

Menurut TM lagi, insiden ini menjejaskan pengguna Unifi, Unifi Mobile dan Streamyx di Pantai Remis, Sitiawan, Tanjung Malim dan Tapah, semuanya di Perak. Disebabkan kerumitan aktiviti penyambungan semula, baik pulih dijangka mengambil masa yang panjang dan belum dapat dianggarkan.



Sebarang perkembangan dan maklumat terkini akan kami maklumkan.

Kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan keprihatinan anda.

— Yunni (@unifi) February 3, 2021

TM akan memaklumkan perkembangan dan maklumat terkini menerusi Facebook Unifi dan Twitter @unifi. Jika Maxis, Celcom dan Digi menggunakan kabel yang sama untuk perkhidmatan jalur lebar tetap, maka ia juga boleh memberi kesan kepada pengguna.

[Sumber: Unifi]

Tags: GangguanGangguan UnifistreamyxUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Kabel TM terputus di Perak, jejas pengguna Unifi, Streamyx dan Unifi Mobile

3 February 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN