• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi saman kerajaan Amerika Syarikat kerana disenarai hitam

  • OLEH Najib
  • 2:00 pm
  • 03/02/2021
  • Komen
Xiaomi saman kerajaan Amerika Syarikat kerana disenarai hitam
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebelum meletak jawatan presiden awal tahun ini, meluluskan senarai sekatan perniagaan baharu yang melibatkan pengeluar peranti popular dari China, Xiaomi. Walaupun sekatan ini tidak seketat Huawei, ia dilihat boleh menjejaskan sumber pelaburan syarikat luar terhadap Xiaomi.

Sehubungan itu, Xiaomi dilapor mahu menyaman Jabatan Pertahanan dan Perbendaharaan AS, serta pegawai tertingginya kerana disenarai sebagai ancaman keselamatan kepada kerajaan AS dan disekat dari menerima pelaburan dari AS.



Sekatan yang dikenakan terhadap Xiaomi berbeza dengan Huawei kerana Xiaomi masih boleh berurusniaga dengan mana-mana perniagaan dari AS. Tetapi, perniagaan dari AS tidak boleh melabur, malah perlu menarik pelaburan dari Xiaomi. Ini kerana kerajaan AS menuduh bahawa Xiaomi memiliki hubungan rapat dengan tentera China, bukan dikawal oleh kerajaan China seperti yang dituduh terhadap Huawei.

Xiaomi telah menafikan tuduhan ini dan menuduh kerajaan AS sebagai melanggar perlembagaan kerana mengaitkan Xiaomi dengan syarikat berkaitan tentera komunis China (CCMC). Xiaomi meminta kerajaan AS menjelaskan dan memberi bukti berkenaan tuduhan ini. Malah, Xiaomi tidak diberi ruang untuk menjawab sebarang kaitan jika ada.



Dalam arahan sekatan yang dikeluarkan Trump, kerajaan AS melihat CCMC sebagai strategi kerajaan China untuk meluaskan pengaruh ketenteraan China melalui syarikat awam. China mempergunakan syarikat seperti Xiaomi untuk mendapatkan pelaburan dari AS dan seterusnya digunakan untuk mendana pembangunan dan memodenkan ketenteraan China.

Sebagai syarikat dari China, Xiaomi sebelum ini tidak terlepas dengan isu keselamatan di dalam peranti. Antaranya pemasangan aplikasi siap dalam peranti yang diragui keselamatannya, serta dikatakan memantau pelayar pengguna. Bagaimanapun, ia masih jauh dari menggugat kerajaan AS.

[Sumber: Gizmodo, Xiaomi]

Tags: amerika syarikatxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Xiaomi saman kerajaan Amerika Syarikat kerana disenarai hitam

Xiaomi saman kerajaan Amerika Syarikat kerana disenarai hitam

3 Februari 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER