• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Anak-anak boleh kongsi sebarang masalah, melalui talian bantuan Buddy Bear

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:00 pm
  • 07/02/2021
  • Komen
Anak-anak boleh kongsi sebarang masalah, melalui talian bantuan Buddy Bear
Share on FacebookShare on Twitter

Buddy Bear merupakan sebuah talian bantuan khusus untuk kanak-kanak yang dutubuhkan pada tahun lalu oleh pertubuhan bukan untung (Nonprofit Organization) dikenali sebagai Human Kind.

Ia diwujudkan sebagai sebuah pilihan yang selamat untuk anak-anak berusia 18 tahun ke bawah bercerita atau mengadu sebarang isu yang mereka hadapi semasa pandemik Covid-19.



Fungsi talian Buddy Bear

Berikut merupakan antara masalah yang boleh dikongsikan oleh anak-anak melalui talian ini:
● Pengasingan / kesunyian
● Konflik dengan adik beradik / ibu bapa
● Perkara yang memudaratkan diri, gangguan dan penderaan seksual
● Tekanan akademik
● Masalah berkaitan Covid-19

Individu di belakang Buddy Bear

Setiap panggilan yang dihubungi oleh anak-anak akan dijawab oleh sukarelawan yang dilantik oleh Buddy Bear. Mereka tergolong dari pelbagai latar belakang tetapi masing-masing tahu menggunakan Psikologi Pertolongan Cemas (PFA) (Psychological First Aid).



Semua sukarelawan diperiksa dengan teliti, dilatih untuk bekerja dan PFA mereka juga disahkan terlebih dahulu. Selain itu, pemeriksaan latar belakang juga dilakukan pada semua sukarelawan untuk memastikan tidak ada yang berada dalam senarai pelaku seksual.

Tambahan lagi, para sukarelawan turut diawasi agar terus mematuhi garis panduan dan etika di dalam Buddy Bear. Sehingga kini, talian bantuan Buddy Bear mempunyai sukarelawan yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, dan Tamil.

Nombor panggilan Buddy Bear

Anak-kanak berusia 18 tahun ke bawah yang ingin bercakap dengan Buddy Bear boleh menghubungi talian 1-800-18-2327, dari jam 12:00 tengah hari sehingga 12:00 tengah malam pada setiap hari.

Jadi, dengan adanya alternatif ini, anda boleh kongsikan mengenainya kepada anak, anak saudara dan juga kenalan untuk menghubungi Buddy Bear jika perlu.

Namun, menjadi persoalan juga, bagaimana jika anak-anak yang menghadapi masalah tersebut tidak mempunyai telefon pintar untuk membuat panggilan? Terutamanya bagi mereka yang masih di sekolah rendah.

Talian Kasih

Selain daripada itu, bagi individu dewasa yang memerlukan perkhidmatan kaunseling, mengadu mengenai penderaan, memerlukan perlindungan atau apa sahaja isu yang berkaitan dengan keselamatan, anda boleh hubungi talian kasih.

Talian ini sedia menerima sebarang aduan dalam masa 24 jam. Hubungi 15999 atau WhatsApp ke talian 0192615999.

[Sumber: Buddy Bear, Malay Mail]

Tags: Buddy Bear
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Anak-anak boleh kongsi sebarang masalah, melalui talian bantuan Buddy Bear

Anak-anak boleh kongsi sebarang masalah, melalui talian bantuan Buddy Bear

7 Februari 2021
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER