• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook, Instagram, & Twitter diharamkan di Myanmar, ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:24 pm
  • 08/02/2021
  • Komen
Facebook, Instagram, & Twitter diharamkan di Myanmar, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Negara Myanmar setakat ini telah mengarahkan syarikat penyedia Internet untuk menghalang akses Facebook, Twitter, dan Instagram keatas rakyatnya. Kisahnya bermula dengan satu kudeta yang berlaku di sana pada 1 Februari 2021 oleh pihak tentera pada hari pertama sidang sesi 2021 berlangsung.

Aung San Suu Kyi sepatutnya diangkat jadi presiden tapi di-“sailang” bila kudeta tentera berlaku (sumber)

Salah satu penyedia telco di sana, Telenor mengesahkan yang mereka telah terima arahan daripada Myanmar Ministry of Transport and Communications (MoTC) untuk lakukan perkara sedemikian.



Selain menyukarkan rakyatnya sendiri mendapatkan maklumat tentang keadaan semasa, pemerhati luar juga mengalami kesukaran untuk lakukan perkara yang sama.

Sumber

Di pihak kerajaan kudeta, alasan mereka untuk lakukan sedemikian adalah kerana terdapat media dan orang awam yang menyebarkan berita tak benar di platform media sosial dan ia mencetuskan keadaan tidak tenteram. Pihak kudeta menyarankan orang awam untuk bekerjasama dengan kerajaan berlandaskan undang-undang sedia ada.



Facebook telah menyatakan kebimbangan mereka ke atas tindakan menghalang hak manusia oleh pihak kudeta. Menurut mereka, pada waktu kritikal ini, rakyat harus miliki akses terhadap maklumat dan akses untuk berhubung dengan orang tersayang.

Situasi di Myanmar agak memelikkan. Dalam bulan November 2020 lalu, parti politik yang diketuai Aung San suu Kyi telah memenangi majoriti undi yang melayakkannya jadi presiden Myanmar tapi ditidakkan oleh tindakan kudeta ini. Bukan itu saja, perkara yang sama turut berlaku dalam pilihanraya 2015

Sumber: TheVerge

Tags: FacebookinstagrammyanmarTwitter
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Facebook, Instagram, & Twitter diharamkan di Myanmar, ini sebabnya

Facebook, Instagram, & Twitter diharamkan di Myanmar, ini sebabnya

8 February 2021
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN