• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Lily, jam kecergasan pertama mampu pantau kitaran haid dan kehamilan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:29 am
  • 09/02/2021
  • Komen
Garmin Lily, jam kecergasan pertama mampu pantau kitaran haid dan kehamilan
Share on FacebookShare on Twitter

Kepada wanita yang ingin tampil bergaya dan elegan dengan jam pintar, ini merupakan satu berita gembira buat anda. Garmin Malaysia secara rasmi memperkenalkan jam pintar baharunya yang diberi nama Lily.

Ia dihadirkan dalam varian duo iaitu Classic (klasik) dan Sport (sukan). Garmin Lily ini didatangkan dengan jalur jam tangan berukuran 34mm, T-bar lug style, lensa bercorak halus dan pilihan warna yang elegan.



Spesifikasi

Lily direka dengan kapasiti bateri yang mampu bertahan sehinggan 5 hari. Ia menggunakan paparan LCD dan boleh disambungkan dengan GPS. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan penjejak hidrasi, pemantauan tidur, penjejak tekanan (stress) dan mampu mengesan denyutan jantung berdasarkan pergelangan tangan.

Ciri khas wanita

Garmin Lily merupakan jam pintar kecergasan pertama yang dilengkapi dengan aplikasi pemantauan kehamilan. Fungsi ini membimbing pemakai sepanjang minggu kehamilan dengan memberi panduan dan maklumat praktikal ketika kehamilan berlangsung, sehingga anda dapat mengawal semuanya dengan sendiri.



Tambahan lagi, ia juga didatangkan dengan ciri pengesanan kitaran haid yang dikhususkan buat wanita. Lily akan memberitahu aliran haid, simptom dan mood pemakai.

Rekaan

Ada dua rekaan yang disediakan untuk jam pintar Lily iaitu Classic (klasik) dan Sport (sukan).

1. Classic

Lily Classic mempunyai tali kulit Itali dan bezel keluli tahan karat. Ia menampilkan lensa bercorak mewah tetapi boleh digayakan pada setiap hari. Selain itu, ia didatangkan dalam tiga warna warna khas antaranya ialah:

  1. Bazel gangsa gelap bersama tali kulit paloma
  2. Bazel emas krim bersama tali kulit hitam
  3. Bazel emas cerah bersama tali kulit putih

Masing-masing dijual dengan harga RM1,150

Bazel gangsa gelap, tali kulit paloma
Bazel emas krim, tali kulit hitam
Bazel emas cerah, tali kulit putih

2. Sport

Lily Sport dilengkapi dengan tali silikon dan aluminium bezel. Ia menampilkan corak lensa organik yang merujuk kepada alam semula jadi dan dihadirkan dalam tiga warna segar iaitu:

  1. Bazel emas krim bersama tali putih silikon
  2. Bazel ros emas bersama tali pasir silikon
  3. Bazel orkid tengah malam bersama tali orkid gelap silikon

Masing-masing dijual dengan harga RM920

Bazel emas krim, tali putih silikon
Bazel ros emas, tali pasir silikon
Bazel orkid tengah malam, tali orkid gelap silikon

Kesemua rekaan yang disediakan boleh didapati di Lazada, Shopee, kedai dalam talian AECO dan semua peruncit Garmin yang sah.

[Sumber: Garmin]

Tags: garminGarmin Lily
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Lily, jam kecergasan pertama mampu pantau kitaran haid dan kehamilan

Garmin Lily, jam kecergasan pertama mampu pantau kitaran haid dan kehamilan

9 February 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER