• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pengeluaran iPhone 12 mini akan dihentikan akibat jualan di bawah jangkaan

  • OLEH Najib
  • 11:09 am
  • 10/02/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah melancarkan 4 model dalam siri iPhone 12 dengan iPhone 12 mini menjadi ahli baharu yang pertama kali diperkenalkan. Saiznya yang kecil tetapi mengekalkan prestasi tinggi yang sama seperti iPhone 12 yang lain menjadikannya peranti yang unik.

Tetapi kini timbul khabar mengatakan Apple mungkin mahu menghentikan penghasilan iPhone 12 mini, kerana jualannya berada di bawah jangkaan. Walaupun begitu, Apple mencatat keuntungan tinggi dalam suku keempat 2020, didorong oleh penjualan siri iPhone 12 yang memberangsangkan. Kecuali di iPhone 12 mini.



Keluarga iPhone 12

Dalam satu laporan kajian oleh penganalisa pembekal JP Morgan, William Yang, beliau menyatakan walaupun Apple telah meningkatkan pengeluaran untuk model lain, iPhone 12 mini mungkin akan berhenti dihasilkan pada penghujung suku kedua 2021. Ia bukan bererti Apple akan berhenti menjual iPhone 12 mini, tetapi penghasilan sedia ada sehingga suku kedua mungkin mencukupi untuk simpanan jualan sehingga model baru iPhone dilancarkan pada bulan September. Ini bukanlah petanda yang baik.

Sebelum memperkenal versi Plus yang besar, iPhone terkenal sebagai telefon kecil yang mudah digunakan dengan sebelah tangan sahaja. Selepas melancarkan iPhone X, Apple tidak lagi mengeluarkan iPhone bersaiz kecil dan ini membuatkan beberapa peminat meminta untuk iPhone kecil diperkenal semula.



model lama iPhone dengan versi Plus

iPhone 12 mini adalah jawapan Apple kepada permintaan peminat tetapi mungkin sudah biasa dengan iPhone yang lebih besar, timbul pula kritikan tentang kekurangan seperti kamera berbanding versi Pro, serta hayat bateri yang lebih pendek. Ini mungkin memberi kesan kepada jualannya.

Walaupun begini, William Yang masih yakin bahawa Apple akan memperkenal versi mini pada model iPhone yang akan datang. Jika Apple mampu mengatasi kelemahan yang terdapat di iPhone 12 mini terutama di bateri di model akan datang, ia boleh menjadi pilihan peminat semula.

Sebagai peminat iPhone, adakah versi mini masih menjadi pilihan anda atau sudah selesa dengan saiz besar iPhone yang tidak boleh digunakan dengan mudah menggunakan sebelah tangan?

[Sumber: Notebookcheck]

Tags: appleApple iPhone 12 Mini
Najib

Najib

POPULAR

Pengeluaran iPhone 12 mini akan dihentikan akibat jualan di bawah jangkaan

10 February 2021
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN