• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi K40 & K40 Pro akan datang dengan dua pemproses berbeza

  • OLEH Najib
  • 5:48 pm
  • 10/02/2021
  • Komen
Redmi K40 & K40 Pro akan datang dengan dua pemproses berbeza
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah merancang untuk melancarkan Redmi K40 di China pada 25 Februari 2021. Dikhabarkan, Xiaomi akan memperkenal lebih dari satu versi. Antaranya ialah Redmi K40 dan Redmi K40 Pro. Tetapi apakah perbezaan antara keduanya?

Persoalan ini boleh dikatakan sedikit terjawab apabila gambar yang dikatakan berkaitan dengan kedua-dua telefon ini, telah terbocor ke internet. Paling ketara adalah di kuasa pemprosesnya.



  • Redmi K40
  • Redmi K40 Pro

Redmi K40 akan dikuasakan cip Snapdragon 870, pemproses yang dinaik taraf sedikit dari Snapdragon 865. Dalam gambar ini turut menyenaraikannya dengan RAM 6GB, storan 128GB dan bateri 4,500mAh. Kamera hadapannya 30MP dan kamera belakang ada 4, 108MP+8MP+5MP+2MP.

Untuk Redmi K40 Pro pula, ia dilengkapi cip terbaik Snapdragon 888 bersama RAM 12GB dan storan 256GB. Bateri juga lebih besar, 5,000mAh. Kamera hadapannya sama 30MP, manakala kamera belakang gandingan 108MP+13MP+5MP+2MP.



Apa yang sama dengan kedua-dua telefon ini adalah skrinnya sama besar, AMOLED 6.81-inci dengan resolusi 2k QuadHD (3200×1440). Ia juga datang bersama sistem operasi MIUI 12.2.2. Lain-lain perkara yang dijangka akan ada di kedua-dua telefon ini adalah sokongan WiFi 6, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1.

Sebelum ini, Pengurus Besar Redmi, Lu Weibing berkongsi sedikit maklumat mengenai Redmi K40. Harga Redmi K40 Pro akan bermula dari CNY 2,999 (~RM1,880) dan ia mungkin telefon dengan skrin rata paling mahal di pasaran. Pastinya Redmi K40 akan berharga lebih murah.

Siri Redmi K sering dinanti ramai kerana ia menawarkan kuasa flagship pada harga terendah. Walaupun ia hanya terdapat di China, versi antarabangsa yang hampir serupa akan dilancarkan dalam nama berbeza. Redmi K20 sebelum ini dilancar sebagai Mi 9T, manakala Redmi K30 Pro menjadi Poco F2 Pro.

[Sumber: GSMarena, SparrowsNews]

Tags: xiaomiXiaomi Redmi K40Xiaomi Redmi K40 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Redmi K40 & K40 Pro akan datang dengan dua pemproses berbeza

Redmi K40 & K40 Pro akan datang dengan dua pemproses berbeza

10 February 2021
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN