Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

VLC 4.0 bakal tampil dengan naik taraf signifikan

Saya yakin anda mesti pernah dengar akan VLC selain MPC-HC. VLC adalah salah satu perisian pemain video yang sejak disumberluarkan dalam tahun 2001, telah dimuat turun lebih 3.5 billion kali. Berita terbaru daripada ketua pembangun VLC, versi 4.0 pemain video kegemaran ramai itu akan tiba dalam tahun ini.

Menurut ketua pembangun VLC, pasukan mereka membangunkan semula antaramuka (UI) VLC untuk diselarikan dengan peredaran zaman sekarang. Selain UI, VLC juga bakal mengandungi lebih banyak fungsi online berbanding dulu. Misalnya, ia mampu mengimport data daripada pengkalan data tertentu bagi menambah baik pengalaman menonton. Fungsi ini boleh anda temui pada perisian seperti Plex, Emby, Kodi, dan banyak lagi.

Pembaharuan yang paling signifikan pada saya adalah ia akan hadir dalam bentuk plugin pelayar web. Maknanya, anda kelak boleh mainkan fail video terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang perisian VLC terlebih dahulu. Ia sangat berguna untuk laptop yang menjalankan ChromeOS.

Aspek keselamatan juga tidak ditinggalkan pasukan pembangun. Menurut ketua pembangun VLC, mereka sedari yang pengguna komputer zaman ini tak lagi memasang perisian sebaliknya lebih selesa memasang plugin pada pelayar. Oleh sebab itu, mereka sedaya upaya akan memisahkan (sandbox) plugin VLC daripada pelayar web. Sekiranya hacker berjaya menembusi pelayar web, mereka akan hadapi kesukaran untuk menembusi VLC pula untuk lakukan serangan terhadap pengguna.

Selain VLC 4.0, ketua pembangun perisian itu turut berkongsikan projek baru yang sedang diusahakannya iaitu Movepedia Project. Katanya, ia seakan IMDB yang disumberluarkan kepada orang awam, seperti Wikipedia untuk video.

Anda boleh baca 20 tahun sejarah menarik VLC melalui artikel ini.

Sumber: Protocol