• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan: Semua yang anda perlu tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:32 pm
  • 16/02/2021
  • Komen
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan: Semua yang anda perlu tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Di bawah program tersebut, ia menjanjikan vaksin percuma kepada penduduk Malaysia yang layak.

Berikut adalah ringkasan Program Imunisasi Covid-19 yang perlu anda tahu.



Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV)

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dikendalikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). Jawatankuasa ini ditubuhkan pada  14 Oktober 2020 dan dipengerusikan bersama oleh YB Khairy Jamaluddin  dari MOSTI dan Datuk Seri Dr. Adham Baba  dari KKM.

Di bawah mereka, ada beberapa Jawatankuasa Kecil yang lain untuk mengendalikan hal-hal daripada pemilihan vaksin, perolehan hinggalah kepada pelaksanaan.



Portfolio Vaksin COVID-19 Malaysia

Malaysia membeli Vaksin daripada lima pengeluar berbeza. Jumlah yang kita beli adalah 66.7 juta dos dan ia meliputi lebih 100% populasi Malaysia tidak kira mereka warganegara ataupun tidak. Dalam erti kata lain, memang ada dos yang khas untuk anda tetapi bila anda boleh terimanya adalah satu soalan yang lain.

Lima pengeluar tempat kita peroleh vaksin ialah:

  • Pfizer (A.S)
  • AstraZeneca (U.K)
  • Sinovac (China)
  • CanSinoBIO (China)
  • Sputnik V (Rusia)

Jenis vaksin COVID-19

Bukan semua pengeluar vaksin COVID-19 mengeluarkan jenis vaksin yang sama. Secara asasnya vaksin COVID-19 terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

  • mRNA
  • Vektor Virus
  • Virus Nyahaktif

Vaksin jenis mRNA paling mudah dihasilkan dan COVID-19 adalah penyakit pertama yang menggunakan vaksin jenis ini dalam sejarah manusia. Masalahnya, vaksin jenis ini tidak stabil dan perlukan keadaan penyimpanan yang sejuknya melampau.

Vaksin jenis vektor virus lebih terbukti keberkesanannya daripada segi mencetuskan tindak balas adaptif imuniti. Namun, penghasilannya agak sukar kerana perlu pastikan kandungan vaksin tidak memudaratkan penerima.

Vaksin jenis virus nyahaktif miliki keberkesanan sama seperti vektor virus, bezanya adalah daripada menggunakan sebahagian virus, ia gunakan keseluruhan virus. Namun, kos penghasilan vaksin ini lebih tinggi.

Bagaimana vaksin dinilai dan diluluskan?

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) adalah pihak yang bertanggungjawab menilai semua data-data vaksin. Bila NPRA berpuas hati, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pula akan meluluskan penggunaan vaksin untuk orang awam. Bila vaksin dah diberikan, pihak Kemebterian Kesihatan Malaysia (KKM) pula akan memantau aspek pematuhan dan kesan sampingan.

Strategi Pemberian Vaksin dan Siapa Akan Terima Vaksin

Vaksin yang diperoleh dibawah Program Imuniasasi  Covid-19 Kebangsaan akan diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan keatas. Sebelum Februari 2022, kita mensasarkan untuk edarkan sekurang-kurangnya 80% vaksin kepada pendudu Malaysia yang layak.

Proses vaksinasi terbahagi kepada tiga fasa.

Fasa 1 (Februari 2021 hingga April 2021)

Semasa fasa ini, petugas barisan hadapan seperti petugas kesihatan kerajaan dan swasta, perkhidmatan pentinga, dan pertahanan akan menerima vaksin

Fasa 2 (April 2021 hingga Ogos 2021)

Semasa fasa ini, baki daripada kumpulan fasa 1 akan terus menerima vaksin. Kemudian, vaksin akan dipanjangkan kepada warga emas, golongan berisiko tinggi, dan orang kelainan upaya.

Fasa 3 (Mei 2021 hingga Februari 2022)

Semasa fasa ini, rakyat berumur 18 tahun keatas pula akan mula terima vaksin dengan keutamaan diberikan kepada penduduk di zon merah, kuning, kemudian hijau.

Kenapa kanak-kanak tidak terima vaksin?

Setakat ini, ujian klinikal hanya dijalankan kepada sukarelawan 18 tahun ke atas dan masih belum ada bukti saintifik yang vaksin ini berkesan kepada golongan kanak-kanak.

Cara untuk daftar diri untuk terima vaksin.

Ada lima saluran yang boleh anda gunakan untuk daftarkan diri iaitu:

  1. APP MySejahtera
  2. Hotline (akan dimaklumkan)
  3. Program outreach untuk kawasan luar bandar & pedalaman.
  4. Laman web vaksincovid.gov.my
  5. Pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta

Rakyat yang mendaftarkan diri melalui cara 1 dan 2, mereka akan terima sijil digital untuk buktikan mereka telah menerima vaksin manakala penerima vaksin melalui cara 3, 4, dan 5 boleh gunakan kad pemvaksinan sebagai bukti yang mereka telah divaksinkan.

Kesan sampingan vaksin COVID-19

Menurut JKJAV, kesan sampingan pengambilan vaksin COVID-19 adalah ringan dan bersifat sementara. Antara yang kerap dilaporkan adalah:

  1. Sakit/bengkak/kemerahan di tempat suntikan
  2. Penat
  3. Sakit kepala
  4. Menggigil
  5. Sakit sendi
  6. Demam
  7. Loya
  8. Rasa tidak sihat
  9. Bengkak kelenjar limfa

Layari laman rasmi Program Vaksin Covid-19 Kebangsaan untuk maklumat lanjut.

Tags: COVID-19kkmmostivaksinVaksin Covid-19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan: Semua yang anda perlu tahu

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan: Semua yang anda perlu tahu

16 February 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER