• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SBM #5 | Celcom menang besar ketika PKP, Jemputan Clubhouse didagangkan sehingga RM299

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:22 am
  • 16/02/2021
  • Komen
SBM #5 | Celcom menang besar ketika PKP, Jemputan Clubhouse didagangkan sehingga RM299
Share on FacebookShare on Twitter

Antara persoalan yang diketengahkan dalam episod ini ialah, kenapa pengguna Celcom meningkat ketika PKP? Bila fungsi ECG Apple Watch boleh digunakan di Malaysia? dan banyak lagi berita lain dikupaskan.

1. Celcom menang besar sewaktu PKP

Daripada graf yang dikongsikan oleh OpenSignal, ketika PKP, U Mobile dan Digi adalah dua telco yang kehilangan ramai pengguna. Celcom, selepas PKP 18 Mac 2020, pengguna mereka mencanak naik. Ketahui perinciannya di sini.



2. Jam kecergasan Garmin Lily mampu pantau kitaran haid dan kehamilan

Garmin Malaysia memperkenalkan jam pintar baharunya Lily, khusus buat wanita. Jam pintar ini merupakan jam kecergasan pertama yang dilengkapi dengan aplikasi pemantauan kehamilan dan kitaran haid. Maklumat lanjut di sini.

3. Jemputan sertai Clubhouse didagangkan sehingga RM299

Ada segelintir pengguna yang cuba mengambil kesempatan menjual tiket menyertai media sosial Clubhouse dengan harga sehingga RM300. Ketahui lebih lanjut di sini.



4. Huawei Band 4e dilancarkan di Malaysia

Jam pintar terbaharu keluaran Huawei, Huawei Band 4e boleh didapatkan di pasaran tidak lama lagi. Menariknya, ia ada fungsi yang berbeza apabila dipakai di pergelangan tangan dan juga di kaki. Untuk perinciannya, tekan sini.

5. Fungsi ECG Apple Watch boleh digunakan di Malaysia

Dokumen kelulusan fungsi ECG Apple Watch dikesan didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Dokumen itu menunjukkan, Apple ECG APP dan ECG iPhone App tersenarai dalam peranti yang didaftarkan dan sah digunakan. Tekan sini untuk maklumat lanjut.

6. Aplikasi Selangkah dikemaskini sebagai “Super App”

Selangkah dinaik taraf kepada sebuah aplikasi dan dilengkapi dengan lebih banyak fungsi dari asal. Pembaharuan terbesar ialah ada integrasi perniagaan di dalamnya. Banyak fungsi yang sangat berguna. Tekan sini untuk ketahuinya.

7. Mi 11 dilancar bersama kepala pengecas

Xiaomi kini melancarkan peranti Mi 11 di pentas antarabangsa dan ada kepala pengecas disertakan di dalam kotak. Peranti itu dicipta dengan 3 kamera di belakang, ia sesuai untuk pengguna amatur dan peminat video yang ingin jadi pengarah filem. Berita lanjut di sini.

Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

SBM #5 | Celcom menang besar ketika PKP, Jemputan Clubhouse didagangkan sehingga RM299

SBM #5 | Celcom menang besar ketika PKP, Jemputan Clubhouse didagangkan sehingga RM299

16 February 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN