• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Isu data hilang akibat storan tidak cukup ketika naik taraf MacOS Big Sur, telah diperbaiki

  • OLEH Najib
  • 1:55 pm
  • 17/02/2021
  • Komen
Isu data hilang akibat storan tidak cukup ketika naik taraf MacOS Big Sur, telah diperbaiki
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, pengguna komputer Mac dengan sistem operasi macOS Big Sur dilaporkan berhadapan masalah besar apabila data mereka hilang semasa menaik taraf sistem operasi ke versi terkini, jika tidak cukup ruang storan. Apple kini telah membaiki kerentanan ini menerusi macOS Big Sur 11.2.1, di mana ia akan memeriksa terlebih dahulu ruang storan, sama ada mencukupi untuk menjalankan kemaskini.

Masalah ini telah dilaporkan oleh Mr Macintosh di mana beberapa pengguna menerima mesej ‘error’ ketika menaik taraf komputer Mac kepada versi terkini macOS Big Sur. Ini menjadikannya tidak dapat memasuki antaramuka utama dan cara penyelesainnya adalah dengan membuang beberapa fail di dalam storan menerusi ‘Target Disk Mode’ atau memadam licin seluruh storan.



Ciri-ciri baharu di MacOS Big Sur

Menurut Apple, untuk menaik taraf ke macOS Big Sur buat pertama kali, memerlukan ruang storan kosong sekurang-kurangnya 35.5GB. Ini tidak termasuk fail pemasangan yang perlu dimuat turun iaitu 13GB. Masalah berlaku apabila sistem masih meneruskan pemasangan walaupun mengetahui ruang storan tidak mencukupi, iaitu kurang dari 35.5GB.

Dalam kemaskini terbaru macOS Big Sur 11.2.1 (20D75), ia tidak lagi membenarkan pengguna menaik taraf sistem operasi jika ruang storan kosong tidak mencukupi. Walaubagaimanapun, ia masih tidak menyelesaikan masalah di mana komputer Mac tergantung selepas pemasangan macOS Big Sur telah dimulakan.



macOS Big Sur 11.2.1 (20D75) full installer is now available for download.

I've confirmed the new installer now checks for free space properly.

This was a serious problem, and I'm glad users will no longer get caught by this issue. https://t.co/dYSuRjdd4p pic.twitter.com/ILxoKfhORn

— Mr. Macintosh (@ClassicII_MrMac) February 15, 2021

Jika anda telah pun terkena masalah ini ketika menaik taraf macOS Big Sur, anda boleh cuba mendapatkan semula fail yang terpadam, atau menghidupkan semula komputer Mac agar berjalan ke antaramuka utama, melalui panduan yang disediakan oleh Mr Macintosh di sini.

[Sumber: 9to5mac]

Tags: apple
Najib

Najib

POPULAR

Isu data hilang akibat storan tidak cukup ketika naik taraf MacOS Big Sur, telah diperbaiki

Isu data hilang akibat storan tidak cukup ketika naik taraf MacOS Big Sur, telah diperbaiki

17 February 2021
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER