Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Guna Boost bayar di Lazada dan McDonald’s, ada diskaun hebat disediakan

E-dompet tempatan Boost, mengumumkan kerjasama baharunya dengan Lazada Malaysia dan McDonald’s. Kerjasama ini merupakan usaha Boost untuk menggalakkan penggunaan lancar sesama penyedia perkhidmatan digital. Ia juga bertujuan memperluaskan perkhidmatan dalam dan luar talian.

Bayar Lazada dan McDonald’s guna Boost

Bermula 19 Februari 2021, pengguna Boost yang membeli-belah di Lazada Malaysia boleh membayar dengan mudah ketika check-out dengan log masuk menggunakan nombor telefon bimbit berdaftar dan PIN 6-digit akaun Boost mereka.

Selain itu, untuk membeli makanan segera di McDonald’s pula, pengguna boleh menggunakan Boost untuk melakukan transaksi pembayaran. Ia boleh digunakan sama ada secara dalam talian atau pun ketika di restoran.  

Tawaran diskaun terhad

Untuk meraikan kerjasama baharu ini, pengguna Boost boleh menikmati diskaun RM11 dengan perbelanjaan minimum RM100 di aplikasi Lazada Malaysia. Namun perlu melakukan pembayaran menggunakan Boost. Diskaun ini hanya sah pada 19 Februari 2021 sahaja.

Manakala, bermula dari 19 sehingga 28 Februari 2021 pula, pengguna boleh menerima diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM50 di Lazada apabila membayar item menggunakan Boost.

Selain itu, pengguna yang menggunakan Boost untuk membayar dalam talian bagi pesanan McDelivery akan menerima rebat tunai bernilai RM5. Perbelanjaan minimum untuk mendapatkan rebat ini adalah RM25. Rebat tunai yang diterima boleh digunakan di mana-mana cawang McDonald’s atau dalam talian melalui McDelivery.

Pesta Online

Bersempena dengan kerjasama ini juga, Boost mengadakan acara Pesta Online yang akan berlangsung sehingga 31 Mac 2021. Acara ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘Boost Got You’ yang dijalankan oleh Boost.

Sepanjang enam minggu akan datang, pengguna Boost boleh menikmati banyak ganjaran hebat dan penjimatan. Pengguna berpeluang memenangi iPhone 12 setiap minggu dengan perbelanjaan minimum RM80 di mana-mana kedai dalam talian.

BACA  Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan: Semua yang anda perlu tahu

Perbelanjaan perlulah dibayar menggunakan Boost. Tambahan lagi, 2 iPhone 12 disediakan untuk pemenang pada setiap minggu. Malah, pengguna akan terima 3 kali bilangan penyertaan apabila berbelanja di rakan kerja terpilih.

Antaranya ialah, Potboy, JOCOM, MyCookingStory, EASI, McDonald’s, Bloomspace.co, Mr. Speedy dan Watsons Online. Di samping itu, pengguna juga boleh menikmati rebat sehingga 28% sehingga 28 Februari apabila membeli belah melalui rakan dagang tersebut.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti rangkaian media sosial rasmi Boost di Facebook, Instagram serta laman sesawang rasmi Boost. Aplikasi Boost boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Play Store.