Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Hina Mahkamah, Malaysiakini diarah bayar RM500 ribu

Pengendali portal Malaysiakini, Mkini Dot Com Sdn. Bhd. Telah diarahkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk membayar saman bernilai RM500,000. Ia selepas 6 daripada 7 hakim mahkamah mendapati pengendali portal tersebut telah menghina mahkamah melalui satu artikel yang diutuskan pada 9 Jun 2020 dengan tajuk β€œCJ orders all court to be fully operational by July 1”.

Yang sebenarnya, komen penghinaan tersebut telah diutuskan oleh salah seorang pembaca mereka dan Malaysiakini tidak tahu menahu tentang hal tersebut sehingga diberitahu pihak berkuasa.

Saman tersebut perlu diselesaikan selewat-lewatnya 24 Februari 2021 dan kini mereka sedang melancarkan satu derma kilat bagi memungut sebanyak mungkin dana untuk melangsaikannya. RM500,00 yang perlu dibayar Malaysiakini adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding apa yang dimohon pihak pendakwa.

Dalam pada masa yang sama, portal tersebut kini bertukar wajah apabila dipamerkan dalam warna hitam putih tanda protes.

Menurut Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf, ketika menilai hukuman yang bakal dijatuhkan, mereka telah mempertimbangkan tindakan permohonan maaf daripada responden serta kerelaan pihak responden bekerjasama dengan pihak polis dan mahkamah.

Walau bagaimanapun, sudah menjadi tanggung jawab mereka untuk memandang ringan penghinaan [terhadap mahkamah] ini yang mampu menjejaskan sistem kehakiman negara.

Dalam hal yang berkaitan, Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dibebaskan daripada pertuduhan. Keputusan Mahkamah Persekutuan tidak lagi boleh dicabar kerana ia terletak pada paras yang tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia.

Adakah kebebasan media dalam bahaya?

Di pihak Malaysiakini, mereka membentangkan hujah yang mereka tidak mengetahui tentang kewujudan komen berbaur penghinaan tersebut. Tambahan pula, sistem komen mereka tidak pula mengesan sebarang kata kunci negatif untuk ditanda sebagai berbahaya.

BACA  SKMM akan hantar pasukan ke lokasi dalam 24 jam selepas aduan diterima

Sejurus dimaklumkan pihak berkuasa tentang hal tersebut, mereka serta-merta memadamkan 5 komen yang didakwa menghina mahkamah.

Badan Peguam Negara pula mengeluarkan kenyataan rasmi menyarankan supaya undang-undang berkaitan penghinaan ini diperhalusi supaya segala proses penghakiman yang bakal berjalan menggunakannya dibuat secara jelas dan nyata.

Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Malaysiakini dilihat sebagai satu tindakan berbahaya. Portal dalam talian biasanya menerima ratusan komen dan reaksi pada setiap laporan mereka dan adalah hampir mustahil untuk menapisnya satu demi satu.

Menggunakan logik ini, bukankah Facebook juga berisiko menghina mahkamah hasil komen pengguna-pengguna yang membanjiri platform tersebut?

Sumber: MalayMail, Gambar Pemuka