• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar dicuri, pelajar wanita kecewa disangka menjadi sugar baby

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:32 am
  • 21/02/2021
  • Komen
Gambar dicuri, pelajar wanita kecewa disangka menjadi sugar baby
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pelajar sebuah kolej swasta berusia 18 tahun membuat laporan polis selepas mendapat tahu gambar miliknya di curi dari laman sosial dan di salah guna di aplikasi Sugarbook.

Menurut mangsa, dia me­ngetahui perkara itu daripada seorang rakan menerusi aplikasi WhatsApp. Rakannya memberitahu bahawa dia ternampak satu status dimuat naik di laman sosial Facebook yang memaparkan beberapa gambar dipercayai daripada aplikasi berkenaan.



Tangkap layar akaun Sugarbook itu dimuat naik ke dalam akaun Facebook Biar Jasa Jadi Kenangan. Gambar yang digunakan itu merupakan gambar mangsa yang pernah dikongsi olehnya di dalam akaun Instagram sebelum ini.

Akibat daripada kejadian ini, dia terpaksa menanggung malu apabila masyarakat menghina dirinya kerana salah sangka bahawa dia menjadi sugar baby. Rentetan daripada kes itu juga, mangsa sudah memadam semua gambar miliknya di aplikai Instagram.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mad Akhir mengesahkan menerima laporan dan kes dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku, individu boleh mengambil langkah mengaktifkan ciri privasi di laman sosial dan hanya terima kenalan sahaja sebagai rakan di situ.

[Sumber: Awani, Kosmo]

Tags: Sugarbook
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Gambar dicuri, pelajar wanita kecewa disangka menjadi sugar baby

Gambar dicuri, pelajar wanita kecewa disangka menjadi sugar baby

21 Februari 2021
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER