• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia laksana 5G hujung tahun ini, pelbagai aplikasi penting bakal temui pengguna

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:37 am
  • 21/02/2021
  • Komen
Laporan Akhir SKMM membentangkan peruntukan Spektrum 5G di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam majils pelancaran MyDigital dan Blueprint Ekonomi Digital Malaysia, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat Malaysia dijangka dapat menikmati teknologi 5G secara berperingkat menjelang hujung tahun ini.

Pelaksanaan 5G akan dijalankan oleh sebuah entiti khusus di bawah kerajaan Malaysia, dan akan diberi spektrum bersesuaian untuk memiliki, melaksana, dan mengurus perkhidmatan 5G.



Selain itu, menurutnya semua syarikat telekomunikasi berlesen akan mendapat akses infrastruktur yang sama rata dalam memasarkan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.

Menurut beliau lagi, teknologi 5G ini merupakan satu game changer kerana akan wujud lebih banyak perkhidmatan pintar yang membawa kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.



5G bukan sahaja menjanjikan capaian internet yang lebih laju, malah ia memungkinkan pelbagai aplikasi penting di muat turun oleh pengguna. Ia termasuklah aplikasi pemantauan kesihatan bagi pesakit-pesakit kronik, bantuan kecemasan pintar, dan aplikasi-aplikasi khas bagi warga emas yang tinggal bersendirian

Bagi merealisasikannya, beliau berkata kerajaan akan melaburkan RM15 bilion dalam tempoh 10 tahun bagi pelaksanaan 5G ke seluruh negara, dan dijangka akan mewujudkan 105,000 peluang pekerjaan.

Dengan adanya perkhidmatan ini kelak, ia sekaligus menjadikan Malaysia negara pertama di rantau ini yang membina ekosistem 5G menggunakan internet dan perkhidmatan awan (cloud service) dalam masa sebenar (real-time) bagi membolehkan maklumat dikongsi serta-merta.

Sebelum ini, kerajaan ada merancang untuk melaksanakan 5G di Malaysia seawal penghujung 2022. Hal ini kerana, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdulah, tidak guna ada 5G tetapi masih banyak kawasan pedalaman dan luar bandar masih sukar mencapai rangkaian 4G.

Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi adalah kesediaan rakyat, kawalselia, caj, jurang digital 4G dan 5G serta kesediaan industri.

[Sumber: Awani]

Tags: 5g
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Laporan Akhir SKMM membentangkan peruntukan Spektrum 5G di Malaysia

Malaysia laksana 5G hujung tahun ini, pelbagai aplikasi penting bakal temui pengguna

21 February 2021
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN