Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

5G di Malaysia akan mula digunakan seawal penghujung 2022

Rancangan Malaysia untuk mula menggunakan rangkaian 5G tahun ini telah tertangguh bagi memberi jalan kepada pelan JENDELA. Pada asalnya, rangkaian 5G dijadualkan mula beroperasi di Malaysia pada suku ketiga 2020 tetapi kerajaan yang berubah telah menukar perancangan, untuk mengukuhkan rangkaian 4G terlebih dahulu sebelum memulakan 5G.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdulah telah memberi jawapan di dalam Parlimen bahawa kesediaan 5G di Malaysia akan bermula sekitar penghujung 2022 atau awal 2023, selepas mencapai sasaran dan capaian tertentu. Ia ditentukan oleh kesediaan infrastruktur komunikasi negara.

Menurut beliau, tidak guna ada 5G tetapi masih banyak kawasan pedalaman dan luar bandar masih sukar mencapai rangkaian 4G. Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi adalah kesediaan rakyat, kawalselia, caj, jurang digital 4G dan 5G serta kesediaan industri. Sebanyak 70% penggunaan 5G datang dari industri dan 30% dari rakyat biasa.

Terangnya lagi, rancangan yang tertib dan tertentu, adalah lebih baik dari terikut-ikut dengan pemasaran dan kempen vendor-vendor yang mahu menggunakan teknologi 5G mereka, atau tergesa-gesa tanpa persiapan yang rapi.

Di dalam pelan JENDELA, kerajaan mensasarkan untuk meluaskan liputan 4G dari 91.8% kepada 96.9% pada fasa pertama, dan meningkatkan kelajuan jalur lebar tetap dari 25Mbps kepada 35Mbps. Selain itu, kerajaan mahu meningkatkan bilangan premis dengan kelajuan gigabit kepada 7.5 juta.

Sudah banyak telefon pintar dilancarkan tahun ini menyokong rangkaian 5G. Antaranya ialah iPhone 12, Galaxy S20 dan Huawei P40. Kebanyakannya adalah kelas flagship tetapi beberapa model kelas pertengahan telah mula muncul di pasaran. Ini akan menjadikan peranti 5G semakin mampu dimiliki ramai.

Selain itu, kelewatan penggunaan 5G di Malaysia akan turut memberi impak kepada perkembangan industri, terutama berkaitan Revolusi Industri 4.0. Kesediaan 5G di peralatan dan perkakas terkini, boleh membuka peluang dan penggunaan serba baharu di bahagian penghasilan, pendidikan, kesihatan, pertanian dan banyak lagi.

BACA  Terbang bersama Malaysia Airlines dan nikmati potongan sehingga RM200

Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melancarkan rangkaian 5G, diikuti oleh Singapura. Jika anda mahu mencuba rangkaian 5G di Malaysia, pilihan yang ada ialah menggunakan U Mobile di Berjaya Times Square.

[Sumber: Lowyat]