• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kapal terbang OneWorld pembawa vaksin konspirasi Dajjal? Ini faktanya

  • OLEH Najib
  • 9:48 am
  • 22/02/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Pfizer-BioNtech, telah tiba di Malaysia. Jika anda mengikuti siaran langsung dan laporan berita mengenai ketibaannya, anda pasti dapat melihat kapalterbang jenis Airbus A330 dengan bendera Jalur Gemilang dan perkataan “Member of OneWorld, Malaysia Airlines” tertulis di badan pesawat.

COVID-19 Konspirasi Illuminati dan Dajjal?

Bagaimanapun, ada cakap-cakap di media sosial mengatakan bahawa wabak COVID-19 adalah konspirasi Illuminati, yang sering dikaitkan dengan satu mata. Nama OneWorld menjadi bukti perkara tersebut kerana membawa vaksin COVID-19.



Sumber

Malah ada yang mengaitkannya dengan Dajjal, pemusnah akhir zaman. Vaksin COVID-19 dikatakan adalah bukti nikmat neraka yang ditampilkan dalam bentuk kesenangan, seperti segunung roti di waktu manusia kebuluran.

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin, tampil di media sosial menjawab khabar angin tersebut. Menurut beliau, vaksin bukan Dajjal dan One World adalah nama airline alliance atau rangkaian syarikat2 penerbangan.



Vaksin bukan dajjal dan One World adalah nama airline alliance atau rangkaian syarikat2 penerbangan. pic.twitter.com/GMnImsbuWf

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 21, 2021

OneWorld bukan Dajjal dan Illuminati?

Bagi mereka yang sering menaiki penerbangan dan ambil tahu berita semasa, OneWorld adalah satu pakatan syarikat penerbangan antarabangsa yang dianggotai oleh 13 ahli termasuk British Airways, Cathay Pacific, Qantas, Qatar Airways, Japan Airlines, Finnair, serta syarikat penerbangan kebangsaan kita, Malaysia Airlines. Malaysia Airlines menjadi ahli OneWorld sejak tahun 2013.

  • Qatar B777. Sumber: byeangel
  • British Airways B747. Sumber: John Taggart
  • Malaysia Airlines B737

Dengan rangkaian keahlian seluruh dunia, pelanggan Malaysia Airlines boleh menikmati hubungan yang lancar, terutama sekali ketika bertukar penerbangan dan tempahan penerbangan dengan rakan ahli yang lain. Penumpang juga menerima mata Enrich Miles dan Elite Sectors, setiap kali mereka terbang dengan mana-mana penerbangan ahli OneWorld.

Selain itu, ahli Enrich di tahap lebih tinggi boleh menikmati kelebihan premium seperti tiket masuk percuma ke Airport Lounge atau ruang menunggu mewah, daftar masuk diutamakan, masuk penerbangan awal dan urusan bagasi lebih mudah. Semak kelebihan keahlian OneWorld di sini.

Gabungan OneWorld adalah pakatan penerbangan ketiga terbesar di dunia. Gabungan yang terbesar adalah Star Alliance dengan 26 keahlian, antaranya Singapore Airlines, Air China, Air New Zealand, All Nippon Airways, EVA Air dan Thai Airways. Gabungan kedua terbesar pula adalah SkyTeam dengan 19 keahlian, dianggotai oleh KLM, Air France, China Airlines, Garuda Indonesia dan Aeroflot.

Jadi ini menjelaskan apakah maksud sebenar OneWorld. Ia bukanlah konspirasi Illuminati malah tiada kaitan dengan Dajjal. OneWorld hanyalah pakatan syarikat penerbangan dan ia ketiga terbesar di dunia, dianggotai oleh Malaysia Airlines.

Ingat, tidak pasti jangan kongsi. Bertanyalah kepada yang pakar dan ahli, bukannya dari mereka yang menghantar mesej tanpa bukti. Allah juga telah berfirman di dalam surah An-Nahl, ayat 43:

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًۭا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۚ فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui. (16:43)

Vaksin COVID-19 adalah satu cara untuk kita menewaskan penularan wabak yang melumpuhkan dunia lebih setahun. Ia bukan sahaja bertujuan melindungi diri kita, tetapi melindungi semua yang di sekeliling kita, termasuk ahli-keluarga dan sahabat handai.

Tags: COVID-19Malaysia Airlinesvaksin
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023

Kapal terbang OneWorld pembawa vaksin konspirasi Dajjal? Ini faktanya

22 Februari 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER