• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa vaksin Covid-19 diangkut dengan lori biasa?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:27 pm
  • 22/02/2021
  • Komen
Kenapa vaksin Covid-19 diangkut dengan lori biasa?
Share on FacebookShare on Twitter

21 Februari 2021 adalah satu tarikh bersejarah apabila keumpulan pertama vaksin Covid-19 yang negara kita tempah daripada Pfizer-BioNTech tiba di tanah air. Semasa menonton siaran langsung ketibaannya di KLIA tempoh hari, saya perasan yang vaksin ini diangkut menggunakan van biasa saja, sama seperti penghantaran yang anda pesan di Lazada dan Shopee, bukannya seperti mengangkut vaksin yang katanya sangat sensitif terhadap suhu.

Apa yang sedang berlaku?

Pertama sekali fakta tentang tahap kesensitifan vaksin Covid-19 Pfizer memang benar. Ia perlu disimpan bawah suhu -72° C dibawah paras beku. Kalau anda jangkakan yang Pfizer akan gunakan kenderaan khas untuk angkutnya, anda silap.



Bukankah lebih cekap kos kalau Pfizer gunakan solusi penyimpanan yang boleh diangkut dengan kenderaan sedia ada?

Untuk tujuan tersebut, Pfizer menggunakan solusi daripada syarikat Softbox. Menurut dokumen tentang tatacara pembungkusan vaksin Covid-19 menggunakan kotak Softbox, satu kotak seperti yang anda nampak dalam gambar-gambar yang dikongsikan oleh saluran rasmi kerajaan mengandungi 23 kg ais kering hanya untuk mengekalkan suhu 5 dulang yang mengandungi bebuli vaksin.



23 kg tersebut adalah bersamaan dengan hampir 63% berat keseluruhan kotak, hanya untuk tujuan kawalan suhu. Ais kering adalah karbon dioksida yang dimampatkan menjadi pepejal daripada keadaan gasnya. Bila ingin kembali ke keadaan asal, ia akan menyerap tenaga yang berada di sekelilingnya dan menyebabkan suhu menurun sehingga -79° C.

Menggunakan solusi ini, vaksin yang diangkut boleh disimpan sehingga 10 hari lamanya. Sudah pasti ia cukup lama untuk tiba ke lokasi negara yang menempahnya. Setibanya di lokasi, ada 3 cara vaksin boleh disimpan:

  1. Menggunakan peti sejuk khas yang memanjangkan hayat vaksin sehingga 6 bulan lamanya.
  2. Menggunakan peti sejuk biasa (2-8°C) tapi hayat vaksin menjadi 5 hari sahaja.
  3. Mengisi semula kotak sedia ada dengan ais kering setiap 5 hari untuk panjangkan hayat vaksin sehingga 30 hari.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 mengumumkan yang Program Imuniasasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula pada 24 Januari 2021, dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan.

Tags: COVID-19covid19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Kenapa vaksin Covid-19 diangkut dengan lori biasa?

Kenapa vaksin Covid-19 diangkut dengan lori biasa?

22 February 2021
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN