Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kerja penyelenggaraan Yoodo, pengguna diminta bersedia hadapi gangguan 3-hari

Yoodo, penyedia perkhidmatan telekomunikasi maya di Malaysia, memaklumkan bahawa mereka akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem pada minggu ini, selama 3 hari dari 24 – 26 Februari 2021. Ia dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Bagaimanapun, pengguna mungkin mengalami sedikit gangguan perkhidmatan melibatkan Data, Panggilan dan juga SMS ketika proses penyelenggaraan berjalan. Malah, ia mungkin mengganggu pembaharuan pelan dan pembelian.

Untuk itu, Yoodo menasihatkan pengguna untuk bersiap sedia dan membaharui pelan serta membuat sebarang pembelian tambahan, jika kitaran pelan jatuh pada hari penyelenggaraan dibuat. Pengguna boleh memperbaharui pelan secara Renew Anytime, tanpa perlu menunggu sehingga akhir kitaran pelan.

Dengan Renew Anytime, pengguna boleh memperbaharui pelan dan membuat pembelian tambahan pada bila-bila masa. Bagaimanapun, data yang tidak digunakan sebelum ini akan terhapus, tidak boleh dibawa ke hadapan. Tempoh kitaran juga diputar semula kepada 30 hari, dari masa Renew Anytime dilakukan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara memperbaharui pelan dengan Renew Anytime, layari ruangan soalan lazim Yoodo Renew Anytime.

Yoodo kini menawarkan promosi berganda Double Double, di mana setiap pembaharuan pelan data akan menerima dua kali kuota. Dari data 10GB hanya RM25, sehingga 200GB hanya RM98. Selain data berkelajuan tinggi, Yoodo juga ada menawarkan pelan data tanpa had dengan kelajuan disekat. Boleh pilih kelajuan 3Mbps berharga RM35/bulan, atau 6Mbps berharga RM43/bulan.

Kalau anda bukan pelanggan Yoodo dan mahu mencubanya, kad sim Yoodo boleh ditempah secara percuma dan ia datang bersama 7GB percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

BACA  Gambar dicuri, pelajar wanita kecewa disangka menjadi sugar baby