Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

COVID-19: Pendaftaran untuk terima vaksin dibuka di MySejahtera

Kemas kini: Versi Android sudahpun ada. Klik sini untuk maklumat lanjut.


Pengguna peranti iOS, anda boleh periksa APP MySejahtera anda kerana ada satu kemas kini baru untuknya. Pengguna Android, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada apa-apa kemas kini disalurkan untuk platform anda.

Kemas kini V1.0.28 yang akan dimasukkan pada MySejatera anda adalah berkaitan pendaftaran untuk menerima vaksin COVID-19 dan anda boleh mula lakukan pendaftaran hari ini, 23 Februari 2021.

Cara daftarkan diri di MySejahtera

Sejurus mengemas kini APP, akan ada pilihan COVID-19 di bahagian pemuka MySejahtera. Selepas kliknya, anda Cuma perlu kemas kini nama, IC atau passport, serta nombor telefon.

Selepas kemas kini, anda juga akan ditanya beberapa soalan peribadi. Ada empat soalan semuanya dan selepas menjawabnya, anda terus akan jadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berminat untuk divaksinkan.

Perlu diingatkan yang Fasa 1 pemvaksinan akan bermula pada 24 Februari 2021 dan hanya melibatkan 500,000 petugas barisan hadapan. Fasa 2 akan bermula antara April hingga Ogos 2021 melibatkan warga emas dan golonga berisiko tinggi dan Fasa 3 (Mei 2021 hingga Februari 2022) akan melibatkan orang dewasa berumur lebih 18 tahun.

BACA  MySejahtera ada hampir 21 juta pengguna aktif, 637 ribu telah daftar vaksinasi Covid melaluinya