Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Bosan di tengah jalan? Netflix kini tolong muat turun video automatik untuk ditonton kemudian

Kadang-kadang di dalam perjalanan yang jauh, atau di dalam pengangkutan awam, atau terperangkap di dalam kesesakan trafik, pasti kita cuba mengisi masa terluang itu dengan menonton video. Tetapi bagaimana jika kuota data telefon anda tinggal sedikit atau sudah habis? Lupa pula muat turun ketika bersambung WiFi di rumah atau pejabat.

Perkara ini boleh diselesaikan dalam kemaskini terbaru aplikasi Netflix di Android. Netflix kini mengumumkan ketibaan fungsi ‘Downloads For You‘ di mana ia akan memuat turun rancangan atau filem yang disyorkan, ke dalam peranti Android pengguna secara automatik apabila bersambung ke WiFi. Jadi, pengguna akan sentiasa memiliki kandungan di luar talian untuk ditonton bila-bila masa.

Cara untuk mengaktifkannya sangat mudah, tetapi buat masa ini hanya terdapat di peranti Android sahaja. Langkahnya seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Netflix dan pergi ke tab ‘Downloads‘. Aktifkan butang ‘Downloads For You‘.
  2. Pilih ruang storan yang mahu disediakan untuk muat turun automatik ini (1GB, 3GB, atau 5GB) dan tekan ‘Turn On‘. Lebih banyak ruang disediakan, lebih banyak kandungan boleh dimuat turun.

Ruang storan yang ditetapkan untuk ‘Downloads For You‘ tidak termasuk muat turun kandungan yang dipilih secara manual. Jadi, tidak perlu risau tiada kandungan baru dimuat turun automatik jika tidak cukup ruang.

Seperti yang dimaklumkan tadi, fungsi ini hanya terdapat di aplikasi Android sahaja buat masa ini, dan kemaskini dijalankan secara berperingkat. Untuk peranti iOS, ia sedang dalam ujian dan akan menemui pengguna kemudian.

Jika anda masih tidak memiliki akaun Netflix dan berminat melanggannya, ia ditawarkan dari serendah RM17/bulan untuk tontonan di peranti mudah alih sahaja, sehinggalah RM55/bulan untuk tontonan sehingga 4 peranti serentak dengan kualiti tertinggi Ultra HD. Layari www.netflix.com untuk maklumat lanjut.

BACA  Google Maps wujudkan skrin split pada Street View, lebih yakin untuk navigasi tepat ke lokasi

[Sumber: Netflix]