Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Persenda guru di Tiktok, penyampai radio mohon maaf dan akhirnya letak jawatan

Baru-baru ini, tular mengenai seorang guru di DidikTV diperlekehkan oleh seorang penyampai radio (DJ) Hitz FM Sarawak, Muhammad Yusuf Shukri, 29 tahun.

Aksi itu dilakukan melalui laman sosial Tiktok. Di dalam video yang tular itu, DJ tersebut kelihatan gelak berdekah-dekah dengan mempersenda cara sebutan bahasa Inggeris guru wanita tersebut.

Sesiapa sahaja yang menonton video Tiktok berkenaan sudah pasti akan berasa marah dan kecewa dengan tindakan penyampai radio itu.

DJ Yusuf mohon maaf

Walau bagaimanapun, dia yang dikenali sebagai DJ Yusuf sudah menurunkan video berkenaan selepas teruk dikecam melalui Twitter dan platform lain di media sosial. Dia kemudiannya memuat naik video meminta maaf menerusi laman Instagram.

Menerusi video di IGTV itu, dia turut meminta bantuan secara terbuka supaya dapat dihubungkan dengan guru tersebut bagi membolehkannya memohon maaf atas sikap yang ditunjukkan.

Sehingga hari ini, video mohon maafnya itu sudah mencecah lebih daripada 300 ribu penonton. Dapat dilihat, banyak komen dari netizen yang mengkritik tindakannya itu. Namun, situasi DJ Yusuf ini sangat sesuai dengan pepatah sudah terantuk baru tengadah.

Selain itu, dia juga sudah meletakkan jawatannya sebagai DJ radio daripada stesen radio Hitz Sarawak, berkuat kuasa 22 Februari 2021. Perkara ini disahkan pengurusan stesen radio itu melalui satu perkongsian umum di Instagram rasminya.

Buli siber

Dalam satu sidang media, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah mengatakan bahawa, kritikan dan ejekan yang dilakukan oleh individu itu merupakan buli siber.

Menurutnya, guru tersebut tidak boleh dikritik kerana beliau menjalankan tugas sebagai pendidik dan bersiaran di TV adalah perkara baru untuknya.

BACA  Fungsi ECG di Apple Watch akan boleh digunakan di Malaysia

Datuk Saifuddin juga mengulangi pendirian KKMM bahawa undang-undang anti buli siber harus diperkenalkan untuk mengatasi masalah tersebut. Perkara yang dilalui oleh mangsa buli siber boleh mengakibatkan mangsa menghadapi masalah seperti kemurungan atau lebih buruk lagi, bunuh diri.

Secara tuntasnya, buli siber tidak sepatutnya belaku apatah lagi apabila ia melibatkan seorang guru. Kejadian ini menunjukkan bahawa pengguna media sosial perlu mengetahui adab apabila membuat kandungan di akaun masing-masing, bukannya menyiarkan kandungan yang rendah moral.

[Sumber: HMetro, MalayMail]