Kedai makan ini beri diskaun 15% bila anda daftar untuk terima vaksin COVID-19 di MySejahtera

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan potongan 15% ke atas makanan yang anda beli daripada MyBergerLab. Kedai burger terkenal di Lembah Klang itu menawarkan promosi tersebut kepada sesiapa sahaja yang mendaftarkan diri untuk menerima vaksin COVID-19. Syaratnya, cuma tunjukkan skrin APP MySejahtera yang menunjukkan anda tergolong sebagai salah seorang pemohon kepada pihak mereka.

Sumber

Promo ini sah untuk pembelian bawa pulang dan juga dine-in antara 25 Februari 2021 hingga 28 Februari 2021. Selain MyBerguerLab, ada dua lagi kedai yang menawarkan promo serupa iaitu MyPizzaLab dan Inside Scoop.

Sangat mengagumkan melihat ada pihak yang cuba mempromosikan program pemvaksinan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sewajarnya entiti-entiti yang lebih besar mengikuti langkah yang serupa dan dalam pada masa yang sama boleh bertindak sebagai medium pengiklanan kepada perniagaan masing-masing. Hal ini tentu sekali mempercepat usaha kerajaan untuk mencapai tahap imuniti kelompok dalam kalangan penduduk kita.

MySejatera boleh boleh dimuat turun daripada Apple App Store, Google PlayStore, dan juga Huawei AppGallery. Bila dah masuki APP MySejatera, ikuti saja langkah yang telah kami ajarkan dalam artikel terdahulu untuk daftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19.

Perogram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sudahpun bermula pada 24 Februari 2021. PM Muhyiddin menjadi orang yang pertama menerima vaksin Pfizer-BioNTech diikuti DG Noor Hisham. Fasa 1 program imunisasi ini akan berlangsung sehingga April 2021 melibatkan kira-kira 500 ribu individu terpilih yang sebahagian besarnya terdiri daripada petugas barisan hadapan.

Bacaan berkaitan