Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

MySejahtera ada hampir 21 juta pengguna aktif, 637 ribu telah daftar vaksinasi Covid melaluinya

Kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech telah tiba di Malaysia pada 21 Februari lalu. Kemudian, pada 23 Februari ciri pendaftaran vaksinasi Covid mula dipaparkan pada aplikasi MySejahtera.

Sehingga 24 Februari, seramai 637 ribu individu telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 melalui aplikasi itu.

Melalui satu temubual program Ruang Bicara, Bernama TV, Penolong Ketua Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Mahesh Appannan berkata, aplikasi MySejahtera kini mempunyai hampir 21 juta pengguna unik dan mereka semua aktif.

Setiap hari, pihaknya menerima hampir 18 hingga 20 juta daftar masuk menggunakan aplikasi itu. Ini secara tidak langsung menunjukkan terdapat banyak interaksi dan penggunaan MySejahtera oleh masyarakat.

Keselamatan data pengguna

Dr Mahesh memberi jaminan kepada rakyat Malaysia tentang keselamatan data pengguna yang tersimpan dalam aplikasi MySejahtera. Ia dilindungi di bawah tindakan penting seperti Akta Perubatan 1971 serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Selain itu, aplikasi MySejahtera juga ada kerjasama strategik dengan Agensi Keselamatan Siber Nasional.

Pendaftaran terima suntikan vaksin Covid-19

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara mendaftar untuk terima suntikan vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera, anda boleh tekan di sini.

Selain itu, ada lagi 4 saluran anda boleh gunakan untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin ini, antaranya ialah melalui hotline yang akan dimaklumkan kelak, program outreach untuk kawasan luar bandar & pedalaman, laman web vaksincovid.gov.my dan daftar melalui fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

[Sumber: MalayMail]