• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony FX3 ialah A7S III dalam badan baru dan lebih mahal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:18 pm
  • 25/02/2021
  • Komen
Sony FX3 ialah A7S III dalam badan baru dan lebih mahal
Share on FacebookShare on Twitter

Sony ada satu kamera baru, Namanya adalah Sony FX3. Lihat pada spesifikasi teknikal, ia adalah Sony A7S III dalam badan yang berbeza. Dalam pasaran A.S, FX3 dijual pada harga bermula RM18,999. Untuk perbandingan, A7SIII yang boleh anda dapati di Malaysia berharga bermula RM16,999. Untuk perbezaan RM2,000 apa yang anda dapat?

Sony A7S III, penantian 5 tahun yang berbaloi

Yang pertama, fizikalitinya ada sedikit lain kerana ia diarahkan kepada juruvideo berbanding A7S III yang praktikal untuk pengguna hibrid gamabr dan video.



Di FX3, anda kehilangan EVF. Semua pengambaran dilakukan dengan skrin LCD boleh kilas. Mujurlah ia boleh dikelas ke depan macam A7S III. Kehilangan EVF di-offset-kan dengan sejumlah lubang skru untuk aksesori. Di bahagian atas saja ada 3 lubang skru untuk aksesori. Ia boleh digunakan bersama aksesori macam XLR-K3M.

Kemudian, butang-butang pada kamera ini disusun semula untuk berikan praktikaliti sewaktu merakam video. Contohnya di butang shutter ada lampu LED merah yang akan menyala bila sedang merakam.



Perbezaan terakhir yang boleh anda temui adalah FX3 ada kipas penyejuk dalam badannya. Munasabah untuk Sony menyertakan kipas dalam badannya sebab merakam video tentunya akan buatkan kamera bekerja lebih keras berbanding bila ambil gambar sahaja.

Perbezaan FX3 dengan A7SIII terhenti di situ. Berikut adalah ciri-ciri sepunya FX3 dengan A7SIII.

  • Sensor Full Frame 35mm
  • Pemproses imej Bionz XR
  • Kaki lensa Sony-E
  • 2 slot hibrid CFExpress/SD
  • Rakaman video sehingga 4K@100fps atau 200fps@1080p
  • Penstabil imej dalam badan IBIS
  • Pembidik fokus pengesanan fasa dan kontras
  • I/O seperti mikrofon 3.5mm, USB-C, 3.5mm headfon, HDMI out, Bluetooth 5, Wi-Fi 5, NFC.
  • Bateri NP=FZ100.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: kameraSonysony fx3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sony FX3 ialah A7S III dalam badan baru dan lebih mahal

Sony FX3 ialah A7S III dalam badan baru dan lebih mahal

25 February 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER