Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

AirDots 3 dilancar dalam pelbagai warna dan kini sokong aptX

TWS Redmi AirDots 3 mengekalkan fizikaliti Airdots 2 dan Airdots yang asal. Naik taraf yang anda terima adalah penggunaan cipset audio yang baru. Cip QCC3040 yang digunakan TWS ini meyokong Bluetooth 5.2.

Maka, anda boleh jangkakan sambungan antara earfon dengan telefon yang lebih utuh dan cekap tenaga. Ia juga kini menyokong codec aptX Adaptive. Dua manfaat yang diperoleh melalui codec ini adalah latensi yang lebih rendah serta kualiti yang lebih baik.

Antara ciri baru pada AirDots 3 berbanding generasi sebelumnya adalah sokongan pembantu maya Google Assistant dan Siri. Ia turut dilengkapi teknologi penyaring hingar jenis EIS.

Berbekalkan satu bateri penuh, AirDots 3 berikan hayat khidmat selama 8 jam lamanya dan tambahan 30 jam semuanya bila tenaga daripada bekas penyimpan diambil kira. Bekas penyimpan itu sendiri mengandungi 600mAh tenaga untuk disalurkan pada AirDots 3.

Masih tentang bekas penyimpan, ia kini dicas melalui pot USB-C. Solusi ini lebih releven memandangkan semua telefon yang dilancarkan pada tahun ini sudah tentu menggunakan port USB yang sama jenisnya.

Setakat ini, AirDots 3 Cuma berada dalam pasaran China. Di sana, ia dijual pada harga RMB199 (~RM125). Di Malaysia, AirDots tidak masuki pasaran ini secara rasmi tapi ada banyak versi import dijual dalam pasaran. Untuk AirDots 2, anda boleh dapatkannya pada harga sekitar RM50.