• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Starlink, penyedia internet satelit buka pendaftaran minat di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:41 pm
  • 26/02/2021
  • Komen
Starlink, penyedia internet satelit buka pendaftaran minat di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Elon Musk adalah sosok yang dikenali ramai berkaitan syarikat kereta elektriknya, Tesla, serta projek penerbangannya ke planet Marikh, SpaceX. Tetapi beliau juga terlibat di dalam banyak projek yang kurang dikenali ramai dan salah darinya adalah penyedia perkhidmatan internet melalui satelit, Starlink.

SpaceX telah memulakan ujian beta awam Starlink, di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada pada bulan Oktober 2020, diikuti beberapa negara lain tidak lama selepas itu. Kini, Starlink dilaporkan telah mula menerima pendaftaran minat dan wang pendahuluan untuk pengguna di Malaysia.



Sumber

Perkara ini ditemui oleh Lowyat.net apabila menerima emel bertajuk “Reserve Your Starlink“. Emel tersebut menerangkan bahawa Starlink telah mula menerima deposit untuk pengguna yang berminat mendaftar. Bagaimanapun, ia tidak menyatakan nama Malaysia di dalam mana-mana ruangan emel itu.

Di akhir emel tersebut, Starlink meminta pengguna yang berminat untuk menyemak liputan lokasi dengan melawat laman web Starlink.com dan memasukkan alamat pendaftaran. Beberapa carian kawasan di seluruh Malaysia menunjukkan bahawa Starlink mensasarkan untuk menyediakan liputan di Malaysia pada tahun 2022.



Sumber

Laman web tersebut telah mula menerima pendaftaran dan wang deposit. Tempahan pula akan diselesaikan mengikut urutan terawal. Yang pertama membayar deposit maka dia yang akan menerima dahulu.

Untuk membuat tempahan, pengguna perlu membayar deposit sebanyak USD99.00 (~RM400) dan ia akan dipulangkan sepenuhnya jika pengguna mahu membatalkan tempahan. Dijelaskan juga bahawa deposit ini tidak termasuk sebarang cukai dan digunakan untuk sebahagian pembayaran perkakas Starlink untuk menyediakan perkhidmatan internet satelit 2-hala.

Starlink Kits

Walaupun deposit boleh dipulangkan sepenuhnya, pengguna akan hilang keutamaan dalam susunan. Malah, perubahan kadar tukaran matawang akan dikenakan sewaktu pemulangan wang dibuat. Mungkin terima kurang, mungkin terima lebih.

Laman web Starlink menyatakan bahawa pengguna boleh menjangkakan kelajuan internet di antara 50Mbps ke 150Mbps dan masa kependaman antara 20ms ke 40ms dikebanyakan tempat liputan. Malah, mungkin ada masa tiada sambungan langsung dalam masa yang singkat. Kependaman yang rendah ini boleh dicapai kerana satelit Starlink mengorbit di angkasa 60 kali lebih dekat berbanding satelit biasa.

Satelit Starlink di angkasa
Piring penerima di atap

Bagaimanapun, semakan lesen penyedia di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak menemui nama Starlink atau SpaceX didalamnya. Ini menandakan, Starlink masih belum berdaftar dan boleh digunakan di Malaysia. Mungkin ia masih dalam proses memandangkan Starlink menjangkakan tahun 2022 untuk mula beroperasi di Malaysia.

Di Malaysia, penyedia perkhidmatan internet melalui satelit yang ada ialah ConnectMe. Ia menawarkan sambungan internet di seluruh Malaysia, dari serendah RM198/bulan dengan kelajuan sehingga 25Mbps dan kuota 60GB. Caj pemasangan pula sebanyak RM700 untuk pengguna di Semenanjung Malaysia.

Jika anda rasa berminat untuk mendaftar sebagai pengguna Starlink, anda boleh melayari laman web www.starlink.com untuk maklumat lanjut.

[Sumber: Lowyat.net]

Tags: Elon MuskStarlink
Najib

Najib

POPULAR

Starlink, penyedia internet satelit buka pendaftaran minat di Malaysia

Starlink, penyedia internet satelit buka pendaftaran minat di Malaysia

26 February 2021
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN