Telegram wujudkan ciri Auto-delete, pengguna boleh tetapkan waktu mesej terpadam sendiri

Telgeram mengumumkan akan mengemaskini aplikasi itu dan menambah beberapa ciri baru untuk pengguna. Saingan WhatsApp ini dilihat hadir dengan beberapa ciri yang berkaitan dengan tempoh masa.

1. Auto-delete

Ciri Auto-delete (padam automatik) membolehkan pengguna menetapkan masa untuk mesej dipadam secara automtaik selepas ia dihantar. Pengguna boleh memilih untuk melenyapkan mesej itu selepas 24 jam atau 7 hari.

Namun, ia hanya akan memadam automatik mesej yang dihantar setelah pemasa ditetapkan, mesej sebelumnya akan kekal berada dalam sejarah sembang.

Untuk menggunakannya pada peranti android, anda boleh ikuti cara di bawah:

  1. Bukak mesej anda
  2. Tekan pilihan menu di atas kanan
  3. Pilih Clear History
  4. Pilih tempoh untuk mesej di padam

Untuk peranti iOS pula:

  1. Tekan mesej sehingga keluar beberapa pilihan
  2. Tekan Select
  3. Tekan clear chat di atas kiri
  4. Tekan Enable Auto-Delete
  5. Pilih tempoh untuk mesej di padam dan tekan set

2. Pautan jemputan ada tempoh tamat

Pautan jemputan (invite link) adalah cara yang mudah untuk membawa pengguna lain ke kumpulan dan saluran anda. Dengan ciri baru ini, anda boleh membuat pautan tambahan dan mengaktifkannya dalam masa yang terhad. Malah, anda juga boleh tetapkan jumlah penggunaanya.

Selain itu, pautan jemputan juga boleh ditukar menjadi imbasan kod QR untuk lebih memudahkan pengguna.

Untuk menghasilkan kod QR, anda boleh ikuti cara di bawah:

  1. Tekan gambar profil kumpulan
  2. Tekan add member
  3. Tekan 3 titik bahagian kanak pada link
  1. Pilih get QR code
  2. Kemudian setelah kod QR terhasil, anda boleh kongsikannya dengan klik pada share QR code

Dengan adanya kod QR, pentadbir kumpulan (group admin) akan lebih mudah untuk menjemput individu lain menyertai kumpulan yang disediakan. Malah kuasa menghadkan ahli juga boleh dilakukan dengan adanya ciri tamat tempoh.

3. Kumpulan dengan ahli tanpa had

Telegram membenarkan hanya 200 ribu ahli bertukar mesej, media dan sticker (pelekat) dalam sesebuah kumpulan. Berita menariknya, kini kumpulan yang hampir dengan had maximum ahli, boleh ditukarkan menjadi Broadcast Groups (kumpulan siaran).

Kelebihan Broadcast Groups ialah tiada had maximum ahli di dalamnya. Namun, hanya pentadbir kumpulan sahaja yang boleh menghantar mesej. Manakala ahli lain dibenarkan berinteraksi menggunakan voice chats (sembang suara) sahaja.

Ciri ini akan ditawarkan automatik kepada pentadbir kumpulan apabila had maximum ahli sudah mencapai 200 ribu.

Ciri ini sesuai untuk komuniti yang besar, seperti kumpulan yang membincangkan berita, kumpulan perniagaan dan sebagainya.

Jika dilihat secara dasar, kegunaannya hampir sama seperti Clubhouse. Ahli hanya berinteraksi menerusi sembang suara sahaja. Namun, antara bezanya ialah, di Telegram akan ada pentadbir kumpulan yang boleh menulis mesej, tetapi di Clubhouse, semua menggunakan sembang suara.

[Sumber: Telegram]