• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Twitter akan ada ciri Super Follows, pengguna boleh raih pendapatan melaluinya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:36 pm
  • 26/02/2021
  • Komen
Twitter akan ada ciri Super Follows, pengguna boleh raih pendapatan melaluinya
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter mengumumkan dua ciri baharu bakal tiba di aplikasinya kelak. Ciri yang pertama dilihat dapat memberi peluang kepada pengguna untuk meraih pendapatan. Ciri kedua pula tampil seperti Facebook Group.

1. Super Follows

Dikenali sebagai Super Follows, ciri ini membolehkan pengguna mengenakan bayaran kepada pengikut (followers) untuk beri mereka akses kandungan eksklusif.



Dengan melakukan pembayaran yang ditetapkan, followers boleh menerima 5 keistimewaan iaitu, kandungan eksklusif, lencana penyokong, akses masyarakat, langganan buletin, serta tawaran dan diskaun.

Merujuk pada tangkapan skrin mockup di bawah, caj Super Follows yang dikenakan oleh pemilik akaun itu adalah USD 4.99 sebulan bersamaan RM20.21. Selain itu, dinyatakan juga ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa.



Jika dilihat pada fungsi ciri ini, ia sesuai digunakan oleh pemilik akaun Twitter yang menyediakan kandungan berita terkini dan sensasi. Sudah tentu, sesiapa sahaja yang ingin menjadi individu pertama mengetahui berita itu, sanggup mengeluarkan bayaran langganan bulanan.

Konsepnya hampir sama dengan close friend di Instagram, kandungan eksklusif hanya untuk individu khusus. Bezanya di Instagram tiada bayaran dikenakan dan ia hanya kekal 24 jam sahaja.

2. Communities

Seterusnya ialah ciri Communities. Ciri ini hadir seperti Facebook Group, pengguna boleh mencipta sesebuah kumpulan atau menyertai kumpulan yang diminati.

Contohnya seperti kumpulan peminat kucing, tumbuhan, hobi dan sebagainya. Dengan adanya ciri ini, pengguna boleh melihat tweet yang lebih terperinci mengenai apa yang diminati.

Namun, belum diketahui lagi bagaimana tetapan privasi Communities ini. Jika dilihat kepada saingannya, Facebook Group, ada kumpulan yang ditetapkan tertutup (private) dan individu perlu melakukan permintaan untuk membaca perkongsian di dalamnya.

Ada juga yang ditetapkan kepada tetapan umum, tetapi individu yang tidak sertainya tidak boleh komen sebarang perkongsian di dalam kumpulan itu. Hanya boleh baca, like dan share sahaja.

Untuk kedua-dua ciri ini, sehingga kini masih belum diketahui bila ianya akan menemui pengguna.

[Sumber: TheVerge]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Twitter akan ada ciri Super Follows, pengguna boleh raih pendapatan melaluinya

Twitter akan ada ciri Super Follows, pengguna boleh raih pendapatan melaluinya

26 February 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN