• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP seluruh negara tamat 4 Mac, rentas daerah dibenar kecuali Sabah

  • OLEH Najib
  • 10:11 pm
  • 02/03/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia akan dibenarkan bergerak dengan lebih bebas mulai Jumaat ini apabila kerajaan mengumumkan tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia, ditukar kepada PKP Pemulihan dan PKP Bersyarat. Pergerakan rentas daerah juga dibenarkan kecuali di Sabah, tetapi pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

PKPB yang lebih ketat dari PKPP dilaksanakan mulai 5 Mac hingga 18 Mac 2021 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak & Kelantan. Untuk Sarawak, PKPB berkuatkuasa dari 2 hingga 15 Mac 2021.



Manakala PKPP dari 5 hingga 18 Mac 2021 dibuat di negeri Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Wilayah Persekututan Putrajaya & Wilayah Persekutuan Labuan.

Dengan kelonggaran ini, beberapa perkara yang dilarang semasa PKP lepas, akan dibenarkan semual dari 5 Mac nanti. Antaranya seperti majlis rasmi/tidak rasmi dan majlis sosial seperti kenduri, perkahwinan, tahlil, sambutan hari lahir dan lain-lain. Tetapi ia dihadkan kepada 50% keluasan premis untuk kawasan PKPB, dan 100% keluasan premis di zon PKPP.



Rentas KL- Selangor dibenarkan, tidak termasuk Putrajaya

Ramai yang bertanyakan berkenaan rentas daerah antara Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya adalah dianggap satu zon, seperti semasa PKPB 1.0. Pergerakan rentas antara Selangor (PKPB) dan Kuala Lumpur (PKPB) adalah dibenarkan.

Tetapi pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke Putrajaya masih tidak dibenarkan, kerana Putrajaya berstatus PKPP. Ini bagi melindungi Putrajaya dari penularan COVID-19.

Sumber
Tags: COVID-19pkpPKPBPKPP
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026

PKP seluruh negara tamat 4 Mac, rentas daerah dibenar kecuali Sabah

2 March 2021
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN